Sunday, November 30, 2014

Kampung Matau akan senasib dengan Kampung Chubadak?

Mampukah Umno pertahan kampung warisan?

KHAIRIL ABDUL RAHIM | 30 November 2014.

BANDAR JENGKA: Akhirnya nasib, keluhan dan suara hati penduduk Matau di sini diserahkan melalui memorandum kepada pemimpin Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). (Foto atas oleh Nasir Sudin)

Memorandum berkenaan antara lain meminta pemimpin-pemimpin parti pemerintah turut mempertahankan tanah warisan yang telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun lalu, daripada terlepas kepada kaum kapitalis terutama bukan Melayu.

Memorandum tersebut dirasakan tepat pada masanya di saat terdapat beberapa kerat perwakilan Umno yang begitu lantang mahukan kerajaan dan Umno sendiri mempertahankan tanah milik Melayu daripada terlepas ke tangan bangsa lain.

Seperti perjuangan mempertahankan Kampung Banggol Donas di Terengganu dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Matau yang kini dalam proses dimangsakan atas nama pembangunan juga turut menuntut perhatian pemimpin Umno.

Mengikut catatan sejarah, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah berbangsa Melayu dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.


Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga sering kali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.

Terdapat hampir 600 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 27 ekar itu.

Akhirnya MDM telah mengeluarkan notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut. Alasannya MDM telah menandatangani satu perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd.

Bagi penduduk, mereka tidak boleh menerima apapun alasan untuk pembangunan berkenaan kerana di pekan Sungai Jerik, iaitu juga dalam daerah Maran, diizinkan pula peneroka awal bukan Melayu meneruskan perniagaan mereka. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya.

Perkembangan terkini menyaksikan sudah banyak premis dirobohkan dan tanah diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan tersebut.

Difahamkan pemaju akan membina lot kedai bangunan tiga tingkat dengan harga menjangkau setengah juta ringgit setiap unit.

Penduduk telahpun membawa kes berkenaan di mahkamah namun rayuan mereka untuk terus kekal menetap di situ telah ditolak.

“Kita mungkin tidak dapat lagi untuk mengembalikan tanah Matau kepada penduduknya, akan tetapi kita mahukan keadilan kepada mangsa-mangsa terutamanya peniaga,” kata salah seorang pejuang tanah Matau Mohd Syafie Mohd Isa.

“Apa yang dapat kita perjuangkan sekarang ialah menuntut kerajaan negeri memberikan pampasan setimpal yang sesuai dengan mereka.

“Umpamanya mereka perlu diberi tapak gantian yang sesuai sesuai kepada pengusaha-pengusaha kilang keropok, kilang sos, bengkel motosikal, tapak pasar mini, kedai runcit, kedai tayar, hardware dan lain-lain agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka seperti sedia kala.

“Mereka tidak minta jutaan ringgit sebagai tekanan atau pampasan tetapi yang mereka minta ialah tempat berteduh dan premis atau tapak yang sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Menurut Syafie, pada masa ini perniagaan penduduk Matau terpaksa ditutup sedangkan mereka dapat menyaksikan tanah milik mereka sedang diagihkan kepada bangsa lain di atas nama pembangunan.

“Dengan itu kita minta siapa saja terutama wakil rakyat agar berbuat sesuatu demi sedikit keadilan untuk penduduk yang teraniaya ini,” keluhnya.

Tambahnya, sudah tiga generasi penduduk bermukim di situ dan setiap kali menjelang kali pilihan raya mereka dijanjikan dengan penyelesaian yang menang-menang. Namun pada hakikatnya, janji tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

Mampukah UMNO mempertahankan 'talian hayat' nya yang hanya tinggal 2% itu......?

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


"Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi........"


Wak tak heran bila TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin kata nyawa BN hanya tinggal 2% sahaja lagi. Makna nya kalau 2% tu lupus, makan terkubur lah kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO tu.

Bagi Wak Labu anggap 2% tu tersangat-sangat merbahaya bagi BN untuk kekal bernyawa. Ianya sudah dianggap terlalu nazak dan tiada harapan lagi untuk terus hidup.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin ini memangnya benar dan tepat sekali. Kalau mengira undi majoriti keseluruhan yang diperolehi oleh BN pada PRU 13 yang lepas, BN sudah dikira kalah dari segi undi majoriti. BN terselamat kerana  pengundi2 di Sabah dan Sarawak yang masih setia kepada BN.

Nampak nya  pemimpin2 UMNO masih lagi tercari-cari punca yang menyebabkan rakyat semakin menolak parti Barisan Nasional terutama nya parti2 komponen nya MCA, Gerakan dan MIC. Paling malang bagi BN apabila kaum cina telah meninggalkan MCA dan Gerakan secara beramai-ramai.

Tidak kurang juge ramainya kaum melayu yang menolak UMNO, mereka menyokong parti PAS, Keadilan dan ada juga yang menyokong DAP. Sepatut nya perkara ini lah yang perlu di bangkitkan dalam PAU, dan bukan nya menjerit dan berteriak mengutuk parti2 lawan secara membabi-buta. 

Apa pemikiran kaum bukan melayu tentang Perhimpunan Agung UMNO.......?

Perhimpunan Umno pupuk politik ketakutan, kebencian dan pembohongan
30 November 2014


GELANG PATAH: 30 NOV: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini tidak lebih sekadar pertunjukan politik kotor yang memupuk ketakutan, kebencian dan pembohongan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, tema PAU kali ini adalah bagi melahirkan pemikiran bahawa orang Melayu dan Islam kini diancam, dan bakal memberi kesan buruk kepada pembinaan bangsa.

“Politik ketakutan, kebencian dan pembohongan dengan rutin menghentam orang bukan Melayu amat merbahaya kepada pembinaan negara.

“Malah mereka hanya memupuk mentaliti ‘terjajah’, tanpa membenarkan pemikiran rasional dan pertanyaan tentang mengapa selepas 57 UMNO memerintah, Melayu dan Islam masih diancam,” kata Kit Siang dalam program ‘Dialog Kedai Kopi’ di Gelang Patah, semalam.

“Jika selama lebih lima dekad pemerintahan UMNO hanya memburukkan kedudukan Melayu dan Islam, maka jawapannya adalah menyingkirkan UMNO dari Putrajaya, bukannya mengekalkan mereka,” katanya lagi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAU sekali lagi menjadi medan UMNO menghentam kaum lain. Kali ini, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak slogan ’1Malaysia’ ditukar kepada ’1Melayu’.

Masyarakat Cina menerima hentaman paling teruk, apabila perwakilan Wanita UMNO Kedah Datuk Mashitah Ibrahim memfitnah komuniti Cina di Kuala Kedah membakar naskah Al-Quran, manakala wakil dari Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said menuduh kejayaan masyarakat Cina di negeri itu kerana kegiatan haram dan jenayah.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, fitnah Mashitah adalah contoh terburuk pembohongan yang berlaku sepanjang perhimpunan itu

“Lebih teruk, beliau tidak menunjukkan rasa kesal selepas diberitahu bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sendiri menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah individu Melayu kurang siuman mengoyak naskah Al-Quran, bukan membakarnya,” katanya.

Jumaat lalu, DAP telah membuat laporan polis berhubung fitnah jahat itu.

Namun ketika mengulas tindakan DAP itu, Mashitah dengan angkuh mencabar agar DAP menyamannya.

“Seperti pemimpin UMNO lain, Mashitah yakin bahawa beliau kebal untuk membuat kenyataan menghasut yang mampu merosakkan hubungan antara kaum dan agama.

“Jika pemimpin DAP dan Pakatan yang melakukannya, sudah pasti polis akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com

Wakil UMNO Pulau Pinang takde otak..... mungkin ini lah maksud Naib Presiden MCA.

MCA: Wakil Umno P Pinang perlu otak

MALAYSIAKINI


Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.


"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum.

“Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

Saturday, November 29, 2014

Perhimpunan UMNO: 'Setakat habiskan karipap saja bang'

HARAKAHDAILY | 29 November 2014.
KUALA LUMPUR: Aspan Alias menceritakan mengenai seorang perwakilan Umno pada bahawa Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja.


Beliau menerusi tulisan dalam blognya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu.

Tulisnya, perwakilan itu menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan diantara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.

Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum perhimpunan agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang manambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.

UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.

Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.

Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.


Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonmi. 1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang dicemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.

Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan seni pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.

Jika ada perselisihan faham diantara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyepit mereka.

Melebarnya jurang pendapatan diantara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.

Tidak diberitahu bagaimanakah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ke tahap USD70 semalam sdedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini buka satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.

Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuiskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpuinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.

Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan UMNO, kerana mereka berada di atas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.

Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhaen boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh menderum nanti.

Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita masarah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa di bawah-bawah ini?

Yang pentingnya mereka yang berada di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.

Kepada perwakilan UMNO ucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan di jalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

Friday, November 28, 2014

Pengangguran di Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand, Singapura


KUALA LUMPUR, 27 NOV: Kerajaan perlu mengambil langkah segera menangani masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) di kalangan anak muda kerana memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, antara langkah perlu diambil adalah berkaitan mutu pendidikan, latihan dan pekerjaan.

“Mutu pendidikan, latihan dan pekerjaan hari ini amat penting kerana kesannya akan kekal sekurang-kurangnya untuk satu dekad.

“Jika tiada langkah signifikan diambil hari ini, kita akan lihat kesan buruknya.

“Bukan sahaja kepada anak muda, tetapi ekonomi negara keseluruhannya sepuluh tahun daripada sekarang,” kata Steven dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2015 bagi peruntukan Kementerian Sumber Manusia semalam.

Beliau merujuk artikel The Economist edisi September 2011 berhubung kajian di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mendapati pengangguran awal 20-an meninggalkan ‘parut gaji’ yang memberi kesan kepada mutu pekerjaan ketika menginjak usia 30 tahun.

Dalam sesi perbahasan sebelumnya, beliau membangkitkan jawapan Parlimen

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot sebelum ini berkata, pengangguran anak muda di Malaysia pada kadar 10.4 peratus, lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Thailand (3.4 peratus) dan Singapura (7 peratus).

Berhubung aspek guna tenaga tidak penuh, Kementerian Sumber Manusia menyatakan majoriti anak muda (usia 15-24 tahun) bersamaan 67 peratus mendapat gaji RM1,000 ke bawah dan 21 peratus lagi antara RM1,000 hingga RM1,500.

“Berpandukan paras kemiskinan kerajaan Pakatan Selangor pada RM1,500, 88 peratus adalah dalam kategori miskin.

“Ini juga menunjukkan sistem pendidikan kita termasuk program latihan semula yang gagal memberi pekerjaan yang bagus kepada anak muda,” kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP itu lagi.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan membuat kajian terperinci berhubung isu ini.

“Hari ini, tiada banyak maklumat tentangnya. Sedangkan kita perlu memahami masalah ini dengan lebih baik bagi merangka penyelesaian yang lebih baik.

“Saya menyeru Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian berkaitan mengeluarkan laporan NEET (Not in Education, Employment or Training) yang digunakan banyak negara untuk lebih memahami masalah anak muda ini,” katanya lagi. – Roketkini.com

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Thursday, November 27, 2014

UMNO::Apa benda yang keramat?

oleh ANAK MAMI DI PERANTAUAN


Keramat ada bermacam-macam jenis. Ada yang mistik, ada yang tidak. Contohnya Pasar Datuk Keramat di Kuala Lumpur. Tidak ada banyak yang mistik di situ. Kecuali kalau kita berjalan kaki lebih kurang tiga minit menghala masjid berhampiran; kita akan bertemu kedai nasi ayam yang sangat sedap.

Keramat yang mistik pula contohnya seperti kubur-kubur para alim ulama’ yang diziarahi dan ada kalanya dipuja-puja dengan menyalakan colok dan sebagainya, dengan niat diberikan petunjuk nombor ekor. Atau sekadar dijadikan tempat bertawassul dan bernazar supaya sesuatu hajat dikabulkan.

Tempat-tempat yang keramat ini juga tidak terhad di kuburan orang alim. Malah di busut-busut dan pokok-pokok yang luar biasa besar pun ada juga. Dijamunya busut-busut ini dengan pulut kuning dan ayam panggang tengah malam Jumaat keliwon, dengan harapan beroleh kekayaan dan kesenangan.

Amalan ini bagi sesetengah golongan masyarakat dianggap kebiasaan, serta dijadikan bahan jenaka; terutamanya di kalangan mereka yang lemah semangat. Ada masanya kita dengar juga kisah mereka yang ternampak lembaga bertenggek di busut-busut yang disangka keramat ini, minta dihidang darah kambing contohnya.

Rasanya sudah ada pembikin filem yang menggunakan modal keramat busut dan hantu cekik darah ini semua untuk dijadikan cerita tontonan ramai. Laku pula cerita-cerita seperti ini.

Di zaman serba moden ini orang muda sudah tidak lagi banyak bergantung harap kepada perkara-perkara yang dianggap tahyul, seperti keramat, saka, bomoh, keris terbang dan segala yang sewaktu dengannya. Malah lebih ramai yang sudah tidak lagi percaya, serta ada juga yang menghukum kepercayaan dengan keramat ini semua sebagai syirik dan berdosa besar.

Kata ‘keramat’, berasal dari bahasa Arab ‘karamah’ yang bererti kemuliaan. Mistik yang hadir dengan kemuliaan darjat seseorang dijadikan isyarat daripada Tuhan tentang keluasan ilmunya dan martabatnya yang tinggi di sisi agama. Justeru para wali diceritakan mampu melakukan banyak perkara pelik-pelik yang tidak terbayang akal.

Jadi itu cerita ‘keramat’.

Sekarang kita mahu tanya. ‘Keramat’ Umno ini dari celah mana datangnya, dan jenisnya bagaimana pula? Jenis yang perlu dipuja dan dihidang pulut kuning untuk beroleh hajat, atau jenis yang ada nasi ayam sedap? Kerana pastinya Umno tidak memiliki kemuliaan, setelah lebih 60 tahun ia wujud, Melayu akhirnya mungkin berkesudahan senasib ‘Red Indian’. – Roketkini.com

Mari kita dengar ustazah hentam ustaz dan ustazah dalam perhimpunan UMNO..........


Tak heran kalau melayu dihalau keluar dari perkampungan Chubadak..... tapi Wak heran kalau orang melayu yang dah mati pun nak kene halau juga.......



Wak rasa terpanggil juga untuk membuat sedikit coretan tentang rintihan kerabat Datuk Aroom Kapitan Melayu Melaka ni kerana ianya ade juga sedikit persamaan dengan kesah perkampungan melayu Chubadak.

Orang melayu diperkampungan Chubadak terpaksa keluar meninggalkan kampung halaman nya kerana tidak diberi geran tanah walau[un sudah lebih 50 tahun menduduki kampung itu. Kunun cerita nya tanah perkampungan itu telah di berikan kepada syarikat YTL untuk dibangunkan.

Sekarang Wak nak sentuh sedikit dengan cerita makam yang bersejarah terletak di bumi Melaka. Tanah dikawasan makam yang bersejarah ni juga kunun nya sudah dimiliki oleh syarikat Chip Hock Group. Bagaimana kawasan makan ni dah jadi syarikat cine tu Wak tak tau lah.

Nampak gaya nye kerabat Datuk Aroom ni terpaksalah 'berjuang' sama seperti penduduk di kampung Chubadak tu. Perjuangan yang akhirnya jadi 'masuk angin keluar asap'.

Lagi perjuangan UMNO yang di laungkan setiap PAU ni ada sedikit kaitan nya dengan 'perjuangan' melayu dalam UMNO.

Wednesday, November 26, 2014

Melayu akan jadi bangsat! memang ada kebenaran nya kata-kata PM kita ni.


16 hrs · Edited ·
 · 
"Kalau umno jatuh..melayu akan jadii bangsatt"! kata Najib sebentar tadi di PWTC !!
Ya..memang betul kalau umno kalah.. melayu umno akan jadi bangsat lepas ni sebab puak2 ni takde can le nk rempat duit lembu..bela panda..kemudian beli cincin puluh juta..beli beg tangan ratus2 ribu..bayar berjuta ringgit bil elektrik dan air kt kediaman Putrajaya.. eloknya kamu tu yg barangsettt!! makaann kangkung!!
LikeLike ·  · 

Tuesday, November 25, 2014

Pegang kuasa sejak Merdeka, bagaimana Melayu dan Islam boleh terancam?


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Tak masuk akal mengatakan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia diancam, selepas 57 tahun negara dikuasai Umno yang kononnya mempertahankan Melayu, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Beliau berkata, sejak merdeka, pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pentadbiran negara dikuasai ‘bangsawan’ Melayu dari Umno

“Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya.

“Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.

“Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu,” katanya yang lebih dikenali ramai dengan nama ‘Pak Samad’ dalam forum ‘Adakah Melayu dan Islam diancam?’ anjuran Roketkini 24 November lalu.

Justeru itu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengeluarkan dakwaan sedemikian melainkan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Beliau menyangkal dakwaan antaranya ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata masa depan Melayu ‘gelap dan malang’ jika Umno tidak lagi memerintah negara.

Manakala Presiden Ikatan Muslim Malaysia Abdullah Zaik menyifatkan rasa terancam orang Melayu adalah perkara sihat.

Jika dakwaan tersebut benar kata Pak Samad, pihak yang harus memikul tanggungjawab adalah golongan ‘bangsawan’ Melayu yang gagal memainkan peranan.

“Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik’, hingga menyebabkan orang Melayu terancam?” soal Pak Samad. – Roketkini.com

Untung BN nya jadi Pembangkang di Selangor........


Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.


Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.


Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Ulama Banjar yang kena 'gam' pula......

Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya


Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari.

Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain berkata, beliau merupakan salah satu ulama. Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

"Sheikh Nuruddin Al Banjari merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara.

"Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Sheikh Nuruddin Al Banjari terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zamihan, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Sheikh Nuruddin Al Banjari terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.

"Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.

"Sekaligus berupaya untuk mengelakkan fitnah terhadap Sheikh Nuruddin Al Banjari dan agensi agama di negara ini," katanya.

ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.

"ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berharap NGO Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara. ~malaysia gazzette

Monday, November 24, 2014

Tindakan undang-undang tak gugat DAP bongkar isu 1MDB?


KOTA KINABALU, 23 NOV: Notis tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Uata Tony Pua tidak menggugat DAP untuk terus membongkar kepincangan dan salahurus pentadbiran 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, DAP akan terus memberi tekanan kepada kerajaan terutamanya mengenai penggunaan berpuluh-puluh bilion ringgit bagi penyelesaian hutang dan pembiayaan operasi 1MDB, demi kepentingan awam.

“Cadangan saman Perdana Menteri tidak menjejaskan kecekalan kami dalam mempersoal dan terus mendedahkan 1MDB,” kata Guan Eng dalam ucapannya sempena konvensyen tahunan DAP Sabah di Kota Kinabalu senalam.

Ujarnya, tindakan Najib adalah kes bersejarah kerana pertama kalinya pertama seorang Perdana Menteri memfailkan saman terhadap ahli parlimen pembangkang.

“Jelas sekali ini bukannya tindakan fitnah biasa berhubung dengan kedudukan peribadi Perdana Menteri, tetapi mempunyai kesan meluas bagi implikasi politik,” kata Guan Eng.

Beliau turut memalkumkan, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo akan bertindak sebagai peguam untuk mempertahankan Pua.

Dalam pada itu kata Guan Eng, meskipun notis undang-undang terhadap Pua dibuat secara peribadi, sebarang keputusan dibuat 1MDB dan Kementerian Kewangan melibatkan kepentingan awam

“Ia tidak akan menyekat perbincangan awam atau memadamkan sebarang liputan media mengenai 1MDB, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hutang RM42 bilion dan RM 49 bilion liabiliti.

“Ini hanya menyebabkan kerugian kepada 30 juta rakyat Malaysia dan bertentangan dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap Pua atas satu ucapan yang didakwa menggambarkannya sebagai pemimpin korup.

Notis tuntutan menyebut, ucapan Pua dibuat pada satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November menunjukkan Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara.

Notis berkenaan menuntut Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang mendakwa “Najib mencipta skandal terbesar dalam sejarah Malaysia.

Ia turut menuntut agar rakaman ucapan berkenaan, yang disiarkan oleh media pro-Pakatan Rakyat, Media Rakyat, dikeluarkan dari dalam talian Youtube. – Roketkini.com

Sunday, November 23, 2014

Berita yang tak sanggup disampaikan oleh pemerintah BN kepada rakyat...........

" Perbandingan Hasil Dan Tunai Mengikut Negeri. Cuba Lihat Negeri Ditadbir UMNO BN Duduk Bahagian Mana "

Sah duduk bahagian bawah semuanya. Berita yang sudah pasti tidak akan disiarkan di TV3, bukannya pembangkang yang mengeluarkan statistik tetapi Pejabat Audit Negara.

Laporan Audit Negara jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang hasil dan rizab tunai meningkat. Tapi sayang penyokong UMNO BN tak baca semua keputusan ini, mereka akan terus taksub dan hanyut dengan kebodohan mereka yang terus membiarkan puak-puak UMNO menguruskan khazanah negeri dengan cara yang tidak betul.........."


Kerajaan Barisan Nasional memang pasti akan menghadapi jalan sukar untuk meneruskan pemerintahan nya. Hari ini segala maklumat berkenaan pemerintahan negara mudah diketahui oleh umum walaupun ianya secara tidak menyeluruh. 

Walaupun pemerintah cuba sedaya upaya menyorokkan kepincangan pentadbiran dengan cara mengawal media2 yang mereke boleh kawal, namun kepincangan ini pasti akan terdedah juga melalui media2 lain yang lebih cangeh.

Cara pemikiran rakyat hari ini sangat berbeza dengan cara rakyat berfikir 2 atau 3 puluh tahun yang lalu. Cara rakyat berfikir hari inilah yang letah menyebabkan Barisan Nasional semakin kurang diminati oleh rakyat.

Tidak boleh dinafikan, masih lagi ramai rakyat dalam gulungan warga emas yang masih lagi berfikiran secara kuno, gulungan ini sahaja lah yang masih lagi nampak ketaat-setiaan terhadap BN.............

Untuk renungan kita bersama................?

Surat larangan ceramah agama dari Jakim dan Jawi

Syeikh Fariz Al-Banjari and Inbisat Al Banjari commented on this.
oleh kerana malaysia negara islam tersangat sangat maka tuan guru x boleh tegur kepimpinan,dan banggalah malaysia sbb tuan guru dah tak mahu memberi kuliah agama tapi kalau artis luar datang bertelanjang buat konsert yahudi boleh..malaysia boleh!! “Pesawat tidak akan mendarat jika landasannya dipenuhi dengan batu-batuan, kayu-kayuan dan kawasan yang mempunyai tunggul yang berselerak. Begitu juga dengan ilmu,ia tidak akan singgah pada hati yang kotor"..tenanglah murabbi ku Syeikh Nuruddin Al-Banjari..
LikeLike ·  · 

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-