Tuesday, March 31, 2020

PH cadangkan kerjasama dwipartisan lawan Covid-19



Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa agar satu sidang Parlimen tergempar dipanggil bagi membincangkan masalah ekonomi Malaysia, termasuk kerjasama dwipartisan bagi membendung wabak Covid-10 dan menyelamatkan negara.

PH berpandangan bahawa keadaan ekonomi terutama enam bulan ke hadapan memerlukan perancangan rapi dan sokongan dwipartisan.

Katanya, ini kerana kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi bersifat jangkamasa panjang dan berupaya mengubah ekonomi global.

PH juga meminta kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan untuk menyelamatkan pekerja industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam negara.

Katanya, pakej rangsangan untuk PKS sama sekali tidak menjelaskan rancangan fiskal yang mampu menjamin kelangsungan pekerjaan mahupun perniagaan mereka akibat kesan ekonomi yang meleset.

Tambahnya, sebanyak RM5.9 bilion yang dibelanjakan di bawah Program Subsidi Upah bagi membayar RM600 sebulan bagi tiga bulan kepada sejumlah 3.3 juta pekerja juga belum memadai.

“PKS menyediakan tujuh dari 10 pekerjaan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan bagi kerajaan melalui pembayaran cukai korporat.

“Maka, bantuan tambahan amat diperlukan bukan sahaja demi membela kebajikan rakyat, tetapi juga nasib PKS.

“PH mencadangkan agar bayaran tersebut turut dinaikkan ke RM1,200 bersamaan kadar gaji minima negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat bersama hari ini.

Kenyataan itu dibuat antara, Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abd Samad; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; dan DAP, Dr Dr Ong Kian Ming.

Menurut PH lagi, langkah itu bukan sahaja akan membantu pekerja tetapi juga PKS dengan meringankan beban bayaran gaji serta membantu mengelakkan pekerja dibuang kerja.

Jumlah lebih besar itu katanya, selari dengan usaha yang dilaksanakan beberapa negara lain termasuk Singapura, United Kingdom dan Australia.

Pelantikan pimpinan PAS sebagai EXCO Kerajaan Perak


BADAN Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak yang baharu.

PAS Perak sepenuhnya meyakini bahawa kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS akan terus bersemangat untuk menunaikan kewajipan berkhidmat untuk rakyat secara adil serta mempertahan dan menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Perak.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di atas kepercayaan memilih dua orang ADUN PAS menganggotai kepimpinan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Perak.
PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak selaku juga ADUN Gunong Semanggol, YB Haji Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah pada hari ini.

Semoga kedua-dua pimpinan PAS Perak dirahmati Allah S.W.T dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, berkhidmat kepada seluruh rakyat Perak, InsyaAllah.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“PERAK SEJAHTERA”


Sekian, terima kasih.

HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak 

HARAKAHDAILY 
   31/3/2020

Pengeluar topeng akan henti pembuatan kerana RM1.50 terlalu rendah

Nicholas Chung
-March 31, 2020 7:53 AM
Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Healthcare Sdn Bhd, Haminuddin Hamid berkata, pengeluar tempatan sukar mendapatkan bahan mentah dari luar negara kerana harga asyik meningkat.

PETALING JAYA: Seorang pengeluar tempatan kecewa dengan penetapan harga siling topeng RM1.50 kerana ia hanya memanfaatkan pengimport, bukannya pengeluar domestik.

Haminuddin Hamid, ketua pegawai eksekutif Ideal Healthcare Sdn Bhd, berkata pengeluar tempatan berdepan duti import dan kos bahan mentah yang tinggi berbanding produk sudah siap.

Beliau berkata, syarikatnya akan menghentikan pengeluaran topeng selepas semua bahan sedia ada habis digunakan.

“Ini kerana sukar untuk mendapatkan bahan mentah dari luar negara disebabkan harga asyik naik,” katanya kepada FMT.

Ideal Healthcare ialah satu daripada 4 pengeluar topeng tempatan.

Haminuddin sebelum ini memberitahu FMT, kos bahan mentah untuk pengeluaran topeng meningkat lebih 600% dan beliau mempertahankan harga siling RM2 yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Semalam, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga siling topeng ditetapkan pada RM1.50 sekeping mulai 1 April ini.

Harga topeng kekal 80 sen sebelum penularan Covid-19.

Seorang aktivis pengguna berkata, harga baru itu dapat mengelakkan peniaga mengambil kesempatan daripada permintaan dan menaikkan harga.

Beliau menggesa topeng dijadikan barang keperluan.

Disiplin sosial ‘kunci’ kawal penularan Covid-19, kata KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yakin rantaian jangkitan Covid-19 dapat dihentikan jika setiap individu bekerjasama mematuhi arahan pihak berkuasa.
 — Foto Bernama

PUTRAJAYA, 31 Mac ― Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan mengamalkan disiplin sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sejak dua minggu lepas, Malaysia merekodkan antara 150 hingga 200 kes positif Covid-19 sehari dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau trend dengan teliti untuk memastikan tiada peningkatan eksponen.

“Kita sudah melengkapkan tempoh dua minggu, ada lagi dua minggu, terpulang kepada kita dan jika kita semua bersama-sama serta mengamalkan dan mematuhi arahan duduk di rumah, dan kami, KKM, akan meneruskan aktiviti kesihatan awam seperti pengesanan kes, meningkatkan saringan, mencari kumpulan sasaran dan mengasingkan mereka lebih awal, barulah kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Jadi, untuk dua minggu akan datang, ia terpulang kepada anda dan saya, jika kita semua mempunyai disiplin sosial, saya pasti kita akan berjaya mendatarkan keluk dan mencegah kenaikan eksponen. Jika tidak, kita mungkin melihat lonjakan kes positif Covid-19 pada pertengahan April seperti yang diramal JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata hasil usaha pengesanan kes aktif KKM, Malaysia tidak merekodkan peningkatan mendadak seperti antara 900 hingga 1,000 kes positif jangkitan sehari.

“Ini bermakna kami akan terus ke komuniti yang dikenal pasti sebagi kumpulan berisiko tinggi melalui pendekatan yang disasarkan dan kemudian menguji mereka. Akan ada beberapa kes yang dikesan positif, pengesanan kami positif hampir lapan peratus, jadi, untuk setiap 100 yang diuji, lapan kes adalah positif,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menggesa rakyat Malaysia yang baru kembali dari luar negara supaya menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

“Kami bimbang gelombang kedua adalah kes dari luar. Rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara, kumpulan yang dikhuatiri membawa balik Covid-19.

“Walaupun mereka didapati negatif, kami perlu mengkuarantin mereka selama 14 hari. Mereka yang positif pula akan diasingkan di hospital,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM sedar ada segelintir rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara mengingkari peraturan kuarantin di rumah.

Ketika ditanya kemungkinan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga Ramadan, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai perkara itu ketika ini.

“Kita hanya akan mengetahui selepas minggu pertama April dan bagaimana kita melakukannya. Jika kita terus mencatatkan trend mendatar atau tiada peningkatan mendadak, mungkin akan dapat buat keputusan dengan selamat.

“Mengenai bazaar Ramadan, mereka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard atau garis panduan KKM dan perlu mengambil langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas cadangan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di zon merah, beliau berkata tindakan itu akan dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan kes positif secara mendadak di kawasan berkenaan.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, bermula semalam manakala dua lagi kawasan di Simpang Renggam, Johor iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid yang dikuatkuasakan, Jumaat lepas. 
Bernama

Tanpa kelulusan Parlimen wang dibelanjakan tidak sah



Bekas Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini membidas kenyataan pegawai khas Najib Razak, Isham Jalil yang menyatakan dua rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tidak memahami perlembagaan negara.

Hanipa berkata, kedua-dua pemimpin politik berkenaan sama sekali tidak menyebut bahawa kerajaan tidak boleh membelanjakan wang dari pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Jumaat lalu.

“Setakat yang saya baca kenyataan Kit Siang dan dengar penjelasan lisan Anwar Ibrahim, tak ada pun depa berdua kata tak boleh belanja wang dari pakej rangsangan ekonomi yang dibentang oleh Perdana Menteri.

“Ya, anda betul bila anda kata boleh belanjakan dulu tanpa kelulusan Parlimen seperti kes bajet tambahan.

“Tapi tak boleh sama sekali lari dari Parlimen untuk kelulusan walaupun dah belanja duit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden PKR dan Penasihat DAP itu menggesa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, untuk dibahaskan di Parlimen.

Dalam pada itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang menempelak kenyataan tersebut dan mengingatkan bahawa setiap sen wang negara yang hendak dibelanjakan perlu melalui Parlimen dan diluluskan oleh Parlimen .

Katanya, tiada apa yang silap apabila dua tokoh politik itu (Anwar Ibrahim dan Kit Siang) mencadangkan agar diadakan sidang khas untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan.

“Nak lulus kena bahas dulu. Itu lah sistem demokrasi Parlimen ala Wesminster. Wang negara juga bukan wang kita atau wang mak bapa kita.

“Jadi, bila kedua-dua tokoh itu cadang sidang khas Parlimen untuk bahas dan lulus, kat mana silapnya dan kat mana yang mereka tak fahamnya?,” soalnya.

Malah katanya, sekiranya tanpa kelulusan Parlimen, maka segala wang yang dibelanjakan adalah wang tidak sah seolah-olah ianya wang rompakan.

“Kesimpulannya, kerajaan pintu belakang tak boleh lari dari Parlimen.

“Takkan lepas kena tuduh gomen (kerajaan) haram, nak juga kena tuduh guna wang haram. Hormat lah sikit kat Menteri Agama itu paling kurang pun, jika tak mahu hormat Menteri Alam Sekitar,” katanya.

Terdahulu, Isham berkata, pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin tidak perlu dibahaskan di Parlimen dan ianya membazir masa.

Menurutnya, desakan PH itu seolah-olah sama ada tidak faham perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka.

Monday, March 30, 2020

14 hari terakhir PKP penentu putuskan rantaian Covid-19, kata Noor Hisham

Faiz Zainudin
-March 30, 2020 8:00 PM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehari sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, 10,000 rakyat Malaysia pulang dari luar negara.

PUTRAJAYA: Tempoh dua minggu terakhir perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid-19 berjaya ataupun sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keberhasilan PKP sangat bergantung pada disiplin rakyat Malaysia.

“Kita telah menyelesaikan 2 minggu (PKP) dan 2 minggu lagi terpulang kepada anda dan saya,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini.

Jelas Noor Hisyam kerajaan berusaha untuk meratakan keluk kes dan mengelakkan berlakunya kenaikan mendadak kes jangkitan baru.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham tidak menolak tindakan tegas diambil terhadap rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diletakkan di pusat kuarantin khas sekiranya ingkar arahan kuarantin sukarela seperti ditetapkan.

“Kita terus pantau mereka yang balik, tetapi masih ada yang keluar dari rumah. Kita akan lihat bagaimana nak kuatkuasakan tindakan untuk pastikan mereka duduk di rumah dalam tempoh yang ditetapkan atau tempatkan mereka di pusat kuarantin khas KKM,” katanya ketika ditanya sama ada kementerian mengesan kes rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, tetapi gagal mematuhi perintah kuarantin di rumah bagi mengelak kemungkinan penyebaran Covid-19.

Beliau sekali lagi menasihati mereka yang kembali dari luar negara agar menjalankan kuarantin kendiri sendiri di rumah, termasuk mengasingkan diri daripada ahli keluarga sendiri sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh ketibaan, selain mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan tangan.

Katanya, KKM bimbang gelombang ketiga Covid-19 di negara ini akan menyaksikan peningkatan dalam kes import.

Katanya, antara golongan yang dibimbangi menyebabkan penyebaran wabak itu, termasuklah rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara, seperti yang meninggalkan negara semasa cuti sekolah awal bulan ini dan pelajar yang belajar di luar negara.

Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumakn diperolehinya jumlah rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah kira-kira 10,000 orang sehari sebelum PKP berkuat kuasa pada 18 Mac.

“Selepas ia dikuatkuasakan, saya dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen, jumlah itu adalah sekitar 4,000 sehari. Semuanya itu adalah rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara,” katanya.

Pusat Racun Negara sahkan 'health tag' tak berkesan cegah Covid-19


Pusat Racun Negara hari ini menyangkal dakwaan penggunaan 'health tag', yang digunakan untuk menggantung kad nama di baju, boleh mencegah jangkitan Covid-19.

Pusat Racun Negara berkata berdasarkan kajian khusus yang dibuat dan diterbitkan pada Julai 2017, produk seumpama itu membebaskan gas klorin dioksida yang sangat rendah, dan malah tak dapat dikesan, dan tiada impak dalam pembasmian bakteria atau virus.

"Dapatan (kajian) menunjukkan pemakaian 'health tag' adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi Covid-19.

"Gas klorin dioksida merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan, bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

"Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

"Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakkan sosial," kata Pusat Racun Negara dalam satu kenyataan di Facebook.

Pusat Racun Negara tidak menamakan jenama produk tersebut, bagaimanapun difahamkan ia kini tular di media sosial, dan boleh dibeli secara atas talian serta sekurang-kurangnya satu rangkaian farmasi utama.

Penggunaan ‘health tag’ dilaporkan mengandungi bahan kimia klorin dioksida dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius satu meter daripada pemakainya.

Ia juga didakwa mampu bertahan selama 45 hari selepas dibuka.

Ia juga tular selepas ada pihak yang menyebarkan gambar yang dikatakan menunjukkan produk itu dipakai beberapa ahli politik.

Antaranya termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan Dr Siti Hasmah Ali.

Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kebenaran foto tersebut.

Kerajaan tetap harga siling topeng RM1.50 seunit, kata Ismail Sabri

Faiz Zainudin
-March 30, 2020 2:52 PM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga siling topeng akan dikaji dari semasa ke semasa untuk dikurangkan berdasarkan kos yang ditetapkan pihak pembekal dari luar negara.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling topeng sebanyak RM.150 seunit, berbanding harga sebelum ini yang lebih tinggi.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga baru itu turut dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira kos pembekal luar negara.

“Kita telah bincang dan kita dapati topeng tidak banyak dikeluarkan dalam negara, tetapi diimport dari negara luar, kita terikat dengan harga di negara yang kita import.

“Mesyuarat bersetuju harga siling topeng adalah RM1.50 sekeping, iaitu RM0.50 sen lebih murah daripada harga awal yang diumumkan, iaitu RM2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra di sini.

Katanya, harga baru itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini.

Ismail yang juga menteri pertahanan berkata, harga siling topeng itu bagaimanapun akan dikaji dari semasa ke semasa untuk dikurangkan lagi berdasarkan kos yang ditetapkan pihak pembekal dari luar negara.

“Kita akan kaji harga dari semasa ke semasa, kalau harga kita beli murah daripada pembekal luar negara berubah, kita akan turunkan harga,” katanya.

Sebelum ini, KPDNHEP membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan Covid-19.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran untuk mengimport diberikan susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang dengan mengambil kira kos import.

Harga tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan meminta ia diturunkan.

Pemimpin politik, polis pakai ‘tag’ kalis virus



Tular di media sosial foto beberapa pemimpin politik memakai tag di leher mereka yang dikatakan mampu menghapuskan kuman termasuk virus dalam jarak satu meter.

Mereka dilihat memakai tag serupa berwarna putih berharga RM59.90 yang difahamkan tahan selama 45 hari.

Pada produk dinamakan Antah Wellness itu, maklumat tertera memberitahu mampu melindungi pemakai daripada penyakit bawaan udara atau airborne.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden Umno dilihat mengenakan tag itu.

Turut memakai tag perlindungan itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Muhyiddin dilihat memakai tag anti virus yang dikatakan tahan selama 45 hari.

Foto isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga memperlihatkan beliau mengenakan tag anti kuman itu.

Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdekatan dengannya dilihat tidak pula memakai alat perlindungan tersebut.

Selain ahli politik, anggota polis yang bertugas juga dilihat mengenakan tag penghapus virus itu.

Walau bagaimanapun, individu yang bukan berada di barisan hadapan dianggap membazir memakai tag tersebut memandangkan pandemik Covid-19 bukan tersebar melalui udara.

Virus Covid-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur yang tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.

Sehubungan itu, pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah serta mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat dilihat cukup membantu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Hanya Hasmah, Mahathir dilihat tidak pula memakai tag anti-virus.
Bahan ini dikatakan dijual di farmasi dengan harga RM59.90.

Pakar kardiologi kena dakwa

MyMetro
Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my

PAKAR jantung, Dr Ong Hean Teik (kiri) diiringi polis ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang. 
FOTO Danial Saad

PAKAR kardiologi yang mencetuskan kekecohan selepas bertelagah dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana dilarang berjoging, 19 Mac lalu didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ong Hean Teik, 60, didakwa menghalang penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa MBPP, Muhd Alif Aizad Abd Latif melakukan tugas di Taman Bandaraya, kira-kira 6 petang 19 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa atas kesalahan keluar dari rumahnya di Jalan Tanjung Bungah ke Taman Bandaraya mengikut Seksyen 3(1) Akta Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7(1) akta sama iaitu denda maksimum RM1,000 dan hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Dr Ong mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Pendakwaan kes ini dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan, manakala Hean Teik diwakili peguam bela, Bala Mahesan.

Yazid memaklumkan kepada mahkamah bahawa Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah tidak boleh diikat jamin kerana salah satu sebagai Kanun Prosedur Jenayah.

“Kami juga meminta syarat tambahan kepada tertuduh supaya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah kerana kes berkenaan mendapat perhatian umum,” katanya.

Jamaliah membenarkan Hean Teik diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan RM5,000 bagi jaminan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 7(1).

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes berkenaan pada 9 Jun nanti.

Terdahulu, video berdurasi empat minit menunjukkan Hean Teik bertelagah dengan seorang anggota penguat kuasa MBPP tular di media sosial, minggu lalu.

Dalam video berkenaan, dia mempersoalkan larangan jongging oleh anggota penguat kuasa berkenaan dengan memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan perintah berkurung dan lokasi itu adalah jalan awam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 1:20 PM

‘Tok Ayah’ Muhyiddin semakin disenangi rakyat

Timmy Say
-March 30, 2020 9:00 AM

Tiga krisis yang berlaku serentak – ekonomi, kesihatan dan politik – telah membawa tekanan amat besar kepada Malaysia dan rakyatnya.

Di waktu ini, Malaysia dan rakyatnya memerlukan sebuah kerajaan yang efektif, tegas dan dihormati majoriti rakyat Malaysia. Ini penting kerana usaha memerangi Covid-19 memerlukan setiap arahan dan usaha kerajaan diberikan perhatian serius dan dipatuhi rakyatnya tanpa was-was.

Tiada siapa sangka krisis politik negara pada akhir Februari akan memberikan Malaysia perdana menteri baru, iaitu Muhyiddin Yassin untuk berdepan pandemik Covid-19 yang meningkat 100 kali ganda dalam masa sebulan, yakni daripada 25 kes pada 28 Feb kepada 2,470 pada 29 Mac.

Kadangkala seseorang memerlukan krisis untuk menonjolkan bakat terpendam dalam dirinya. Itulah yang berlaku kepada perdana menteri kita, dan setakat ini, prestasi Muhyiddin tidak menghampakan ramai yang kagum dan berpuas hati dengannya.

Cara komunikasi Muhyiddin yang unik umpama seorang bapa kandung di kaca televisyen berunding, merayu, mengingatkan dan bertegas sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semakin menawan hati rakyat Malaysia.

Mesej sempoinya “stay at home”, cerita kisah kehidupan dirinya sebagai rakyat biasa dan sebagai Tok Ayah yang juga terpisah dengan cucu kerana PKP serta penggunaan contoh santai seperti Makcik Kiah menyebabkan ucapan Muhyiddin yang panjang jela mudah difahami, diikuti dan diingati ramai.

Perkara yang paling menonjol di dalam ucapan terbarunya ialah pengakuan rendah dirinya bahawa kerajaan Perikatan Nasional bukanlah kerajaan yang diundi rakyat. Kebijaksanaan ini semakin hari semakin menambat hati kawan dan lawannya.

Muhyiddin juga tidak menghabiskan masa berbalas hujah dengan kritikan dan desakan pembangkang, contohnya kritikan terhadap keputusannya mengerahkan tentera membantu polis menguatkuasakan PKP mahupun desakan pembangkang agar pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Tindakan ini dilihat bijak kerana sebarang perbalahan politik pada waktu ini hanya akan menyebabkan perhatian rakyat beralih kepada perbalahan politik daripada membantu melawan penularan Covid-19.

Antara perkara yang paling terserlah di dalam kepimpinan Muhyiddin sepanjang PKP ialah mengekalkan komunikasi satu saluran. Meskipun ada sedikit kekeliruan pada peringkat awal, tetapi saban hari komunikasi satu saluran ini semakin jelas dan efektif.

Kesannya, setakat ini, tiada percanggahan dan kecelaruan kenyataan antara menteri-menteri Kabinet dan tiada pertikaian antara ahli Kabinet. Ini jauh berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan dahulu.

Selain itu, meskipun pernah bersama kerajaan PH selama 22 bulan, Muhyiddin nampakya tidak terikut-ikut dengan cara kerajaan PH yang terus-menerus menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sepanjang pemerintahannya.

Setakat ini, tiada sepatah kata daripada Muhyiddin yang mempertikaikan jasa atau salah laku kerajaan PH. Ini satu tindakan bijaksana yang wajar dipuji.

Tahniah juga diucapkan kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang turut menggesa rakyat mematuhi PKP dan kempen duduk di rumah yang dipelopori Muhyiddin.

Sifat negarawan yang dimiliki Mahathir ini wajar dicontohi, tetapi sayangnya sifat ini tidak dimiliki mereka yang berada dalam PH. Ada di antara mereka masih bersikap “merapu pun tak apa asalkan diri tidak dilupakan” meskipun negara sedang berdepan krisis paling rumit dan besar sejak merdeka.

Apapun, sekarang bukan masa untuk berbalah, mementingkan diri mahupun merendah-rendahkan kemampuan kerajaan. Sekarang ialah masa untuk menyokong dan memperbaiki segala usaha kerajaan. Berilah teguran dan cadangan secara membina, bukannya demi menghentam dan meraih mata politik.

Jangan sengaja menimbulkan isu politik yang memerlukan perhatian dan masa kerajaan untuk menyelesaikannya. Ini akan menyebabkan kerajaan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memerangi Covid-19, menyelamatkan ekonomi dan menjaga rakyat dalam kesusahan.

Sesungguhnya, kita semua terlibat dalam perang terhadap Covid-19. Oleh itu, kita perlu bersama-sama memainkan peranan kita.

Perkara terpenting ialah kita perlu memastikan kita tidak menjadi ejen penyebaran. Amalkan kesedaran untuk memerhatikan aktiviti tangan kita sentiasa. Kita perlu sentiasa sedar apa yang disentuh tangan kita. Amalkan membasuh tangan selalu. Kita wajib membina kesedaran baru untuk mengawal tangan daripada menyentuh muka dalam apa jua keadaan.

Dengan beberapa perkara mudah ini sahaja, kita dapat membantu meratakan lengkung jangkitan Covid-19 ini dan seterusnya menghalang virus ini melumpuhkan sistem kesihatan negara.

Marilah kita berganding bahu menghadapi krisis Covid-19 ini dengan bersangka baik, memberi ruang dan sokongan kepada perdana menteri dalam melaksanakan tugasnya bersama Kabinetnya, menyebarkan tenaga positif kepada semua petugas barisan depan kita dan saling membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan.

Semua ini akan memastikan peluang kita kekal cerah untuk memenangi perang terhadap makhluk ghaib Covid-19 ini dan tsunami kemelesetan ekonomi yang bakal menyusul.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Sikap rakyat Malaysia tentukan tempoh PKP

Setakat ini lebih 97 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.
 — Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Tidak dinafikan tahap kepatuhan rakyat Malaysia kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mencapai 97 peratus namun bukan peratusan itu yang dimahukan kerajaan untuk menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kerajaan mahukan pematuhan 100 peratus. Namun apabila melihat kepada jumlah 649 individu yang ditahan pada Sabtu di seluruh negara iaitu meningkat sekali ganda berbanding hari sebelumnya, ia menggambarkan masih ada kalangan rakyat yang ingkar dengan PKP dan memandang ringan ancaman maut Covid-19.

Ada antara mereka yang diperiksa dan ditahan ketika melepak di warung kopi, tempat-tempat awam dan lebih teruk melanggar sekatan jalan raya PKP yang dijalankan. Keluar membeli makanan adalah antara alasan yang diberikan. Tetapi perlukah sampai keluar empat kali membeli makanan? Apa sudah jadi?

Walaupun tempoh dua minggu pertama PKP akan berakhir esok (Selasa), masih ada dua minggu lagi untuk rakyat Malaysia memperbaiki ‘angka pematuhan’ perintah PKP dan bersama kerajaan memerangi wabak ini. Jadi teruskanlah bantu kerajaan dengan cara mendisiplinkan diri, “duduk di rumah” dan hanya keluar bila perlu sahaja.

Hari ini merupakan hari ke-13 penguatkuasaan PKP dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan PKP peringkat kedua dijangka diumumkan hari ini (Isnin) dengan peraturan lebih tegas berbanding dilaksanakan ketika ini, dengan harapan PKP tidak perlu dilanjutkan lagi selepas 14 April, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Hari ini juga, kerajaan akan melakukan Operasi Nyah Cemar wabak Covid-19 di seluruh negara melibatkan lokasi titik panas iaitu Zon Merah dan Zon Jingga melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Selain PKP, usaha serius dan berterusan kerajaan melaksanakan proses nyah cemar sememangnya wajar dipuji dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 kerana sehingga petang semalam 150 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,470 dengan jumlah kematian sebanyak 35 kes.

Sebenarnya, beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa negeri terlebih dahulu mengambil langkah proaktif melaksana proses nyah cemar dengan menumpukan di kawasan berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak berkenaan.

Antaranya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah secara besar-besaran melakukannya di sekitar ibu kota bermula Sabtu, di sekitar kawasan Sri Petaling.

Selain itu hampir semua 15 PBT di Perak telah melaksana proses itu di kawasan masing-masing sejak awal minggu ini, dengan tumpuan antaranya pasar awam, taman atau padang rekreasi. Proses sanitasi juga dilakukan Majlis Perbandaran Klang sejak 23 Mac melibatkan 35 lokasi.

Tidak dilupakan juga semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau sebuah pasar raya di ibu kota, melahirkan rasa syukur dan lega kerana orang ramai semakin peka terhadap saranan kerajaan berhubung pematuhan jarakan sosial sepanjang tempoh PKP ini.

“Pagi tadi (semalam) saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan jarak sosial,” katanya dalam catatan di media sosial rasminya.

Apa yang menariknya, hantaran tersebut menerima komen positif daripada rakyat yang memuji Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang mengotakan apa dikatakan, iaitu hanya ketua keluarga dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.

Mulai tengah malam tadi juga, kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor membabitkan tujuh kampung merangkumi 700 kediaman merupakan kawasan terbaharu dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan. 

Bernama

Rendam dulu baru simpan

MyMetro

BARANGAN dapur direndam ibu Evie. 
FOTO Twitter Evie Lancaster
Agensi

LONDON: Gara-gara takut dijangkiti wabak Covid-19, seorang wanita mencuci barangan makanan yang dibelinya sebelum menyimpan dalam peti sejuk dan almari.

Lapor portal Mirror, teknik digunakan wanita itu tidak digalakkan kerana merendam semua barangan berkenaan dalam tab mandi dengan air panas.

Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter, Evie Lancaster yang berkongsi pengalaman lucu ibunya itu sebagai langkah pencegahan.

Dalam hantaran berkenaan, Evie menunjukkan foto yogurt Greek, tomato, keju, brokoli, kubis bunga dan pelbagai lagi barangan lain direndam dalam air panas.

“Apa langkah berjaga-jaga yang kamu ambil sepanjang pandemik global ini?

“Ibu saya memandikan barangan Tesconya,” ciapnya dalam keterangan bersama muat naik foto berkenaan.

Perkongsian Evie itu mendapat tanda suka lebih 94,000 dan diulang ciap lebih 24,000 serta meraih 1,600 komen.

Ia bukan saja meninggalkan komen lucu, namun segelintir pengikut wanita itu turut berkongsi perkara sama yang berlaku dalam keluarga mereka.

MichelleHealy_1 juga berkongsi sekeping foto menunjukkan ibunya menggosok wang menggunakan seterika berwap.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 7:05 AM

Kerajaan perlu 6 bulan pulih ekonomi selepas krisis Covid-19

Bernama
-March 30, 2020 7:53 AM
Menteri di JPM (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan tempoh pemulihan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas krisis Covid-19 berakhir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Menurut beliau, keadaan akan kembali pulih bukanlah dengan kadar segera, maka disebabkan itu sasaran tempoh tersebut dipilih adalah dilihat wajar.

“Disebabkan itu, segala pembayaran, seperti hutang bank, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ditangguhkan 6 bulan, jadi itulah jangkaan kita. Kita doakan begitu, maka sudah pasti kita perlu cari strategi lain untuk memulihkan keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Beliau berkata pelbagai sektor termasuk sektor pelancongan, perhotelan, peruncitan serta pelaburan negara terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sektor pelancongan umpamanya, orang tidak akan datang serta-merta ke Malaysia, jadi kita perlu membuat promosi yang agak agresif,” katanya.

Menurut Mustapa, ada sesetengah negara terjejas Covid-19 menjangkakan negara mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 9 bulan sehingga setahun bagi membangunkan kembali ekonomi masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedia mengadakan perbincangan dan menerima cadangan daripada sebahagian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang mendakwa tercicir daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

“Ia merupakan bilangan yang besar dan sudah pasti ia di luar kemampuan kerajaan. Apapun kerajaan sentiasa terbuka kerana PKS ini peranannya besar iaitu lebih 60% yang bekerja dalam sektor PKS.

“Oleh itu adalah penting kerajaan sentiasa berbincang dalam Majlis Tindakan Ekonomi, InsyaAllah, bagi tingkatkan lagi libat urus dengan pihak-pihak berkenaan,” katanya.

Ketika ini, terdapat kira-kira 907,000 usahawan tempatan di seluruh negara.

Sunday, March 29, 2020

Kit Siang, Anwar tak faham Perlembagaan

Pakej rangsangan ekonomi tidak perlu dibentang di Parlimen
29/03/2020



SEMALAM Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mahu kerajaan membentangkan dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen dahulu.

Namun mengikut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu peruntukan tambahan dibolehkan untuk dibelanjakan sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana setiap tahun memang ada perbezaan di antara peruntukan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun sebelumnya dengan perbelanjaan sebenar kerajaan pada tahun peruntukan.

Sebab itu hampir setiap tahun ada pembentangan bajet tambahan di Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan ianya boleh dibentang dan diluluskan sebelum atau selepas perbelanjaan tambahan tersebut dibuat.

Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berkenaan hal ini, adalah mengikut Undang-undang dan Perlembagaan, kerajaan tidak perlu menunggu sebelum peruntukan tambahan dibahas, dibentang dan diluluskan di Parlimen dahulu sebelum ianya dibelanjakan.

Ini kerana penulis-penulis Perlembagaan kita dahulu faham bahawa kadangkala akan ada keadaan di mana kerajaan perlu berbelanja lebih untuk membantu rakyat dengan segera terutama di waktu negara dilanda krisis, seperti dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Pada minggu lepas, kerajaan United Kingdom juga telah mengambil langkah yang sama dengan kerajaan Malaysia iaitu mengumumkan dan membelanjakan pakej rangsangan ekonomi COVID-19 mereka tanpa menunggu pembentangan di Parlimen.

Sistem kerajaan dan Parlimen di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan di United Kingdom, oleh itu konvensyen yang digunakan oleh mereka boleh digunakan di Malaysia.

Oleh itu cadangan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli politik PH supaya perbelanjaan tambahan dalam pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin dibahaskan dahulu di Parlimen adalah tidak perlu dan membazir masa yang sebenarnya kita tidak ada sekarang.

Mereka seolah-olah sama ada tidak faham Perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka (PH).

Rakyat dan negara tidak ada masa untuk melayan kerenah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ini sekarang di kala kita sedang berperang dengan COVID-19.

Biar kerajaan fokus buat kerja untuk menangani krisis ini dan bukan alih perhatian mereka kepada kepentingan politik anda (PH) pula.

Seperkara lagi, pada awal bulan ini ketika PM-7 Mahathir umum pakej rangsangan ekonomi COVID-19 kerajaan PH, mengapa tidak menjerit suruh dia bentang dulu di Parlimen pula?

Isham Jalil
29 Mac 2020

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

7 kampung di Sungai Lui, Hulu Langat dikenakan PKPD

FMT Reporters
-March 29, 2020 7:55 PM


PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor disebabkan 71 kes positif Covid-19 di kawasan itu.

Ia membabitkan 3,918 penduduk daripada 700 rumah.

“Ini termasuk 7 kampung, iaitu 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berapa lama wabak ini akan berakhir?


Sukar untuk dijangka. Kalaupun Malaysia berjaya memulihkan dalam tempoh yang singkat, kita masih terdedah dengan bahaya sekiranya wabak ini masih merebak negara-negara lain.

China hari ini sudah dianggap selamat kerana tidak ada lagi kes jangkitan baru yang dilapurkan sejak seminggu lepas. Tetapi, negara-negara jiran China masih terjejas.

Selepas China, Eropah menjadi pusat jangkitan baru. Sekarang US pula menjadi epicenter menggantikan tempat Eropah. Lepas ini mungkin pula India, atau Indonesia, atau Afrika … kita tidak tahu.

Kita perlu ingat bahawa wabak ini dulu asalnya bermula dengan seorang sahaja. Ini bermakna ancaman wabak ini hanya boleh dianggap berakhir apabila tiada seorang pun lagi yang dijangkiti virus ini. Saya sendiri kurang pasti bagaimana perkara ini boleh disahkan.

Tiada laporan jangkitan tidak bermakna tiada lagi jangkitan. Tidak semua pembawa virus akan jatuh sakit. Bagaimana kita mahu benar-benar memastikan tiada jangkitan.

Cabaran terhadap wabak ini bersifat jangka panjang. This is a marathon, not a sprint out. Keep our stamina intact for a long haul.

Sumber Fb:

Selangor bakal lokasi kedua PKPD?

MyMetro

ANGGOTA tentera bertugas untuk sekatan jalan raya sempena Perintah Kawalan Pergerakan.
 FOTO Osman Adnan.

BERNAMA

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia berikutan negeri itu mencatatkan taburan bilangan kes jangkitan Covid-19 paling tinggi, setakat ini.

“Kalau kita lihat dalam taburan bilangan jangkitan yang paling tinggi ialah di Selangor. Dalam pada itu, kita (KKM) lihat kawasan mana dan zon mana yang tertinggi sekali.

“Jadi, kita sudah kenal pasti ada satu atau dua zon kawasan di Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana tindakan diambil di Simpang Renggam, Kluang, Johor,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita berkenaan hantaran KKM di Facebook yang memaparkan beberapa lokasi yang disenaraikan sebagai zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang di Selangor.

Turut tersenarai adalah Tawau, Sabah; Kuching, Sarawak; dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 7:17 PM

KKM: 7 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia


Kementerian Kesihatan memaklumkan tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, dalam tempoh 24 jam terakhir.

Ia menjadi bilangan kematian tertinggi dalam sehari setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 34 orang.

Beliau juga berkata, sebanyak 150 kes baru direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,470.

Berikut merupakan tujuh mangsa tersebut:

Pesakit 2321 (kematian ke-28)

Perempuan warga Malaysia berusia 91 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 26 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.48 pagi, 28 Mac.

Pesakit 2123 (kematian ke-29)

Perempuan warga Malaysia berusia 64 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja'far Negeri Sembilan pada 25 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 malam, 28 Mac.

Pesakit 2322 (kematian ke-30)

Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 27 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1239 (kematian ke-32)

Lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1249 (kematian ke-33)

Lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.

Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 11.25 malam, 28 Mac.

Pesakit 787 (kematian ke-34)

Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 10.40 pagi, 29 Mac.

Noor Hisham menyampaikan ucapan takziah Kementerian Kesihatan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata kadar kematian meningkat kerana faktor usia pesakit yang sudah lanjut, mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, dan datang mendapatkan rawatan ketika jangkitan sudah di peringkat akhir, iaitu dengan gejala melibatkan kesukaran bernafas dan jangkitan kuman.

Katanya lagi, daripada 150 kes baru, sekitar 61 kes mempunyai kaitan dengan himpunan di Masjid Seri Petaling.

Katanya lagi, banyak kluster yang ada ekoran jangkitan generasi keempat dan kelima daripada kluster Seri Petaling.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 68 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 388 kes.

"Sehingga kini, 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 52 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya lagi.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Kepimpinan Muhyiddin semasa krisis Covid-19 raih sokongan rakyat, kata penganalisis

Robin Augustin
-March 29, 2020 12:38 PM
Penganalisis berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menunjukkan kepimpinan yang baik dalam mengendalikan krisis Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik percaya cara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengurus krisis Covid-19 akan membantunya meraih sokongan bukan sahaja akar umbi, malah dalam kalangan ahli Parlimen yang sebelum ini meragui kemampuan beliau.
Azmi Hassan.
Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, kata-kata dan tindakan Muhyiddin ternyata kena tempat pada masa krisis.

Ketika mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM250 bilion pada Jumaat, Azmi berkata, Muhyiddin memperlihatkan bahawa kerajaan kini sedang berbuat sebaiknya bagi membantu semua golongan yang terkesan oleh wabak tersebut.

“Saya percaya ucapannya berjaya meredakan perasaan putus harapan dalam kalangan ramai orang. Saya fikir Muhyiddin kini merupakan individu yang mahu didengari oleh ramai kerana kebolehannya itu,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, jaminan Muhyiddin bahawa kerajaan pimpinannya prihatin tentang nasib semua, walaupun ia bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, adalah sesuatu yang penting susulan persepsi umum mengenai keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional.

“Ucapan itu menegaskan bahawa walaupun kerajaan yang ada kini bukanlah kerajaan yang dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum lepas, namun ia mampu mengurus kerajaan pada masa krisis dan hakikat itu dibuktikan melalui pakej rangsangan,” katanya.

Petikan ucapan Muhyiddin itu banyak dikongsi di media sosial, dengan sebilangan pengguna merakamkan penghargaan mereka terhadap mesej beliau, selain menyuarakan kefahaman mengenai senario politik yang wujud.

Azmi berkata, walaupun ketika mengambil alih jawatan perdana menteri majoriti sokongan yang diterima Muhyiddin sangat sedikit, namun cara beliau mengendalikan krisis Covid-19 “akan mengubah keadan” itu.
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia.
Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian berkata, ucapan Muhyiddin yang komprehensif itu menjelaskan mesejnya bahawa tidak ada mana-mana pihak yang akan diabaikan.

“Baginya, perdana menteri adalah milik semua orang tanpa mengira agama, kaum, gender atau pegangan politik,” katanya.

Beliau berkata, pihak-pihak yang sebelum ini mengkritik Muhyiddin turut memuji kepimpinannya.

“Kita tidak boleh menghalang mana-mana orang daripada mempolitikkan atau bermain politik, hatta semasa krisis sedang berlaku, tetapi Muhyiddin akan berjaya melepasinya kerana beliau menangani isu teras berkaitan keperluan harian dan permintaan semua rakyat.

“Langkah terbaik yang boleh dibuat oleh orang lain ialah bekerja bersamanya dalam satu pasukan sama ada mereka pembangkang, aktivis atau sesiapa juga,” katanya.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, walaupun pakej rangsangan itu tidaklah sempurna, seperti yang disebut oleh sesetengah pengkritik, namun Muhyiddin sememangnya berusaha memasukkan sebanyak mungkin sektor masyarakat ke dalamya.

Katanya, cara Muhyiddin mengendalikan krisis berkenaan memberikan kepadanya peluang untuk keluar daripada bayang-bayang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Musuh politik beliau akan menyerangnya sebaik sahaja Dewan rakyat bersidang, tetapi saya percaya beliau telah memenangi sokongan ramai orang.

Covid-19: Lebih 30,000 maut di seluruh dunia


Jumlah korban di seluruh dunia akibat Covid-19 melebihi 30,000 pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling banyak mencatatkan kematian, tetapi Amerika Syarikat melaporkan kes jangkitan tertinggi iaitu 115,547.

Korban paling ramai direkodkan di Itali iaitu 10,023 orang dengan hampir 92,500 kes, manakala Sepanyol mencatatkan 5,812 kematian dan lebih 72,200 kes jangkitan.

China, negara pertama virus itu mula dikesan mencatatkan hampir 3,300 kematian dan hampir 82,000 kes.

Sementara itu, angka korban di Iran mencecah 2,517 dan jumlah kes melebihi 35,400.

- Bernama

DAP benci penjawat awam sebab mereka majoriti Melayu?

Ngeh Koo Ham pertikai insentif khas RM500 kepada penjawat awam
29/03/2020



BANGI, 4 Syaaban 1441H, Ahad – Mengapa DAP begitu dengki dan benci kepada penjawat awam sehingga mempertikai bantuan tunai RM500 yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan sikap parti berkenaan yang tidak senang dengan penjawat awam.

Beliau berkata, DAP sebelum ini pernah menganggap penjawat awam sebagai golongan yang bermasalah dan perlu dikurangkan saiznya.

“Kini bila PM umum beri bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam untuk merangsang ekonomi pun DAP persoalkan. Mengapa DAP begitu dengki dan benci kepada penjawat awam, apakah hanya kerana majoriti daripada mereka berbangsa Melayu?

“Ingatlah, tanpa sumbangan penjawat awam pentadbiran negara akan terhenti, apalah sangat nilai RM500 dibanding jasa bakti mereka. Apa DAP ingat penjawat awam tidak susah jugakah ekoran wabak COVID-19 ini?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, mempertikai pemberian insentif khas RM500 kepada penjawat awam susulan krisis COVID-19 di negara ini.

“Saya sokong insentif yang diberikan kepada petugas barisan hadapan COVID-19. Muhyiddin perlu jelaskan kenapa beliau juga memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam lain, apabila mereka dibayar gaji penuh dan tidak bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya apabila negara melalui krisis kesihatan dan kewangan?,” soal Koo Ham.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang menyeluruh kepada semua rakyat termasuk golongan B40 dan M40.

Melalui pakej itu, kakitangan awam gred 56 dan ke bawah termasuk yang bekerja secara kontrak diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 mulai April ini.

Tidak benar stok beras bertahan dua bulan, kata menteri

Stok beras negara adalah stabil bagi menampung keperluan berterusan rakyat, kata Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
 — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Dakwaan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan tidak benar, sebaliknya keadaan stok beras negara adalah stabil bagi menampung keperluan berterusan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Beliau memberi jaminan, jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten untuk menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Katanya, stok semasa beras tempatan di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan metrik dan jumlah itu tidak mengambil kira stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang berada dalam negara.

“Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain.

“Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga diarahkan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun Kiandee berkata, kebergantungan kepada beras import hanya 30 peratus daripada keseluruhan keperluan dalam negara.

Kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keadaan stok beras dalam negara, katanya.

 — Bernama

3 jenis ubat boleh guna rawat Covid-19

KKM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit.
 – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2020.


BEKALAN ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial - Covid-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.

Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas ketua pengarah Kesihatan KKM.

KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya. 

Bernama, 29 Mac, 2020.

Saturday, March 28, 2020

Pakej PRIHATIN: Malaysia jauh lebih baik dari negara lain

Harap majikan tak ambil kesempatan pakej rangsangan ekonomi
28/03/2020

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk Indonesia dan India dalam menumpukan kebajikan rakyat ketika krisis penularan COVID-19, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan, semalam.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, pakej rangsangan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jauh lebih banyak daripada apa yang beliau jangkakan.

Menyifatkan kerajaan cakna dengan keadaan semasa rakyat ketika ini, beliau berkata, PRIHATIN adalah pakej rangsangan menyeluruh dan bersifat inklusif kepada semua rakyat, termasuk kumpulan M40.

“Pakej ini adalah kerjasama yang baik antara kerajaan dan institusi kewangan dan syarikat milik kerajaan (GLC). Ianya pakej yang memberi tumpuan kepada rakyat.

“Seperti kenyataan Menteri Kewangan sebelum ini, di mana kedudukan fiskal negara memang kukuh – di mana rizab negara adalah RM400 bilion. Maka, tempoh genting seperti sekarang, rizab ini perlu digunakan demi menolong rakyat dan memulihkan ekonomi negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Muhyiddin dalam perutusan khasnya semalam, mengumumkan sejumlah RM250 bilion diperuntukan oleh kerajaan yang mana memperlihatkan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala, sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Dr Abu Sofian bagaimanapun tidak menafikan kemungkinan ada sektor atau industri yang mendapat manfaat secara terus melalui pakej ini, namun mengharapkan pihak majikan tidak mengambil kesempatan.

“Majikan sepatutnya menyokong dan menolong kerajaan memulihkan ekonomi negara, sebagai contoh jika ada pemilik bangunan boleh mengurangkan atau kecualikan sewa bulanan dalam dua hingga tiga bulan kepada penyewa supaya mereka boleh mengurangkan beban operasi mereka.

“Insya-Allah sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka, pakej rangsangan dapat memulihkan ekonomi dan seterusnya kerajaan dapat menjana pendapatan serta memberikan Bajet 2021 yang lebih memberangsangkan.

“Sama-samalah kita doakan semoga wabak ini segera berakhir dan Malaysia kembali mengaktifkan ekonominya,” katanya.

Rakyat gembira terima pakej Prihatin, pembangkang yang panas

By Muhammad Azizul Osman
      - 28 March 2020

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin pembangkang mula mempersoalkan pakej ransangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Antaranya veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa agar Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Parlimen di Dewan Rakyat.

Jelasnya, langkah itu perlu bagi mendedahkan kepada 222 orang Ahli Parlimen Dewan Rakyat tentang pakej ransangan itu sebelum diumumkan kepada rakyat.

“Muhyiddin sepatutnya mengadakan mesyuarat darurat dua hari di Parlimen untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi dan perancangan semula rancangan ekonomi Malaysia,” katanya di Twitter beliau, hari ini.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Jelas Khalid, langkah itu perlu dibawa ke pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan itu digunakan dengan jalan yang baik.

“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.

“Pakej ransangan yang dibentang bernilai berbilion maka perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu di Twitternya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming turut berkata segala peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus berteraskan kepada prinsip ketelusan.

Ujarnya, kerajaan perlu segera mengagihkan bantuan itu kepada rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19.

“Segerakan wang dihantar kpd rakyat. Kini kerajaan perlu menyalurkan bantuan RM250 billion spt yg diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Pengagihan bantuan wajib mematuhi 3 prinsip utama iaitu ketelusan, akauntabiliti & kredibiliti,” katanya juga di Twitter.

Malah semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 perlu diperhalusi di Parlimen.

Beliau berkata, ini bagi memastikan tiada kerugian atau ketirisan dan dana untuk golongan memerlukan itu diuruskan “orang jujur” yang mempunyai rekod bersih.

Katanya, di negara maju, pakej rangsangan ekonomi dibentangkan di Parlimen supaya ia dipantau, termasuk membincangkan bagaimana dana itu akan diperolehi dan hutang dilangsaikan.

“Persoalannya adakah wang itu akan sampai (kepada rakyat yang memerlukannya)? Adakah pembaziran atau ketirisan atau rompakan kecil-kecilan akan berlaku?

“Dana itu tidak patut dikendalikan ahli politik atau mereka yang mempunyai rekod buruk,” kata bekas menteri kewangan itu dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya semalam.

Muhyiddin dalam perutusan khas semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

 -MalaysiaGazette

Patriot persoal bagaimana kerajaan peroleh dana RM250 bilion



Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini mempersoalkan bagaimana kerajaan memperoleh sumber dana ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion, semalam.

Presidennya, Briged Jeneral Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, apabila pakej Prihatin itu diumumkan oleh Perdana Menteri, dilihat ramai ahli politik dan ekonomi memuji tindakan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Arshad, mereka lupa untuk bertanya soalan yang paling penting iaitu daripada mana sumber dana itu datang.

“Contohnya, adakah sumber dana itu melalui pinjaman asing, menaikkan cukai, atau pun menjual aset negara?

“Bagaimana dana tersebut akan disalurkan dan adakah ia (dana) itu akan melalui agensi-agensi yang berkaitan dengan politik?

“Apakah pengawasan yang akan dilakukan dalam memastikan dana tidak disalahgunakan? Ketika kerajaan mengumumukan pakej berkenaan, mereka tidak memberikan jawapan segera, sebaliknya memperlihatkan atmosfera ‘rasa baik, rasa bagus’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohamed Arshad lagi, pihaknya bimbang sekiranya pelaksanaan penyaluran dana tersebut tidak dilakukan dengan baik.

“Jumlah yang besar kemungkinan menjurus kepada kebocoran ekonomi besar. Tidak dinafikan bahawa pakej rangsangan ekonomi diperlukan ketika kemelesetan ekonomi, lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Tetapi, sumber dana itu mestilah dirancang dan diumumkan secara jelas. Ia tidak boleh menyebabkan terlalu banyak beban kepada rakyat dan di negara pada masa hadapan,” katanya sambil menyifatkan pihaknya mengambil langkah berkecuali terhadap pakej tersebut.

Friday, March 27, 2020

KKM jangka tsunami dalam gelombang ketiga Covid-19

Hariz Mohd
Diterbitkan Hari ini 7:22 pm

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

"Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea.

Ini katanya walaupun negara-negara berkenaan dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk dilawati bersama Itali dan Iran.

Beliau mendedahkan terdapat kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara.

[Berita penuh menyusul]

PM umum internet percuma, diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.
 — Foto oleh Yusof Mat Isa

27 Mac — Diskaun tambahan ke atas penggunaan elektrik turut diberikan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.

Muhyiddin berkata dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.

Beliau berkata diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

“Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020,” katanya.

Beliau menjelaskan, diskaun sebanyak dua peratus seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

Selain itu, Muhyiddin turut memberitahu terdapat beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi bagi industri telekomunikasi dan multimedia.

Jelasnya, antara pakej khas yang akan ditawarkan adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Perdana Menteri berkata selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

 — Bernama

RM1,600 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion.

Katanya, buat pertama kalinya bantuan akan turut disalurkan bukan sahaja kepada kumpulan B40 tetapi meliputi kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

• RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

• RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

• RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

• RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas perdana menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.

Di samping itu, katanya, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Hilang deria bau dan rasa, pesakit Covid-19 nasihat jangan ambil mudah

Oleh MUHAMMAD YUSUF IBRAHIM

Orang ramai yang mempunyai tahap kesihatan tidak baik seperti gejala demam, batuk dan selesema dinasihati memakai penutup hidung dan mulut. 
Foto oleh Shafwan Zaidon

PETALING JAYA, 27 Mac – Orang ramai yang mengalami gejala hilang deria bau dan rasa dinasihati membuat pemeriksaan kesihatan dengan segera memandangkan ia merupakan salah satu simptom penyakit Covid-19.

Perkara itu didedahkan seorang individu yang mendakwa mengalami simptom tersebut selepas kembali ke tanah air dari London, United Kingdom pada 22 Mac lalu.

“Saya ingin katakan hilang deria bau/rasa ialah simptom yang sangat besar! Ramai orang mesej saya berkata mereka juga mengalami hal yang sama dan kemudian diuji positif (Covid-19) juga,” katanya di Instagram sebelum dikongsi di Twitter oleh Amsyarnaif.


Mecha@Amsyarnaif

SERAM WEI.
Takde symptoms batuk, demam or selsema tapi bila check +ve !

1,244
7:26 PM - Mar 26, 2020
Twitter Ads info and privacy
2,419 people are talking about this

Setakat ini, individu tersebut tidak mengetahui bagaimana dijangkti Covid-19 sedangkan tidak mengalami batuk, demam atau kesejukan.

Bagaimanapun, beliau tetap melahirkan rasa syukur kerana penyakit dialaminya tidak dijangkiti ahli keluarga lain.

“Saya sangat bersyukur kerana diasingkan daripada keluarga sejak pulang ke rumah kerana saya tidak tahu apa akan jadi sekiranya saya menjangkiti seseorang,” katanya lagi.

Rata-rata warga maya melahirkan rasa bimbang dengan pendedahan tersebut memandangkan agak sukar mengesan kewujudan Covid-19 kerana tidak semestinya individu dijangkiti mengalami simptom demam, batuk dan kesejukan

Lebih 82,000 kes, AS negara paling tinggi jangkitan COVID-19

G20 salur dana AS$5 trilion secara global untuk perangi wabak
27/03/2020


WASHINGTON, 2 Syaaban 1441H, Jumaat – Amerika Syarikat mencatatkan kes paling tinggi jangkitan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, melepasi China dan Itali.

AFP melaporkan, lebih daripada 82,000 penduduk di negara itu disahkan positif COVID-19, melepasi Itali, yang melaporkan kematian paling banyak, dan China – virus mula-mula dikesan pada bulan Disember di metropolis Wuhan.

Dengan kebimbangan mengenai kemelesetan global, pemimpin ekonomi utama, Group of 20 (Kumpulan G20) mengadakan rundingan krisis, berjanji untuk melawan wabak – bersama dengan suntikan kewangan yang besar.

“Kami menyalurkan lebih daripada AS$5 trilion ke dalam ekonomi global, sebagai sebahagian daripada dasar fiskal yang disasarkan, langkah-langkah ekonomi, dan skim jaminan untuk menangkis kesan sosial, ekonomi dan kewangan pandemik.”

Mereka juga menjanjikan sokongan ‘kuat’ untuk negara-negara membangun, di mana coronavirus boleh memusnahkan masa depan selepas menjejaskan China dan kemudian Eropah.

Manakala Itali serta Sepanyol, yang mempunyai angka kematian tertinggi kedua, membantah rancangan-rancangan ekonomi oleh Kesatuan Eropah yang dilihat terlalu lemah.

Sementara Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mahukan tindak balas kewangan yang ‘kuat dan mencukupi’ yang menggunakan instrumen kewangan inovatif yang benar-benar disesuaikan dengan perang,” kata pejabatnya. 

Agensi

'Semuanya kerana kenduri kahwin'

MyMetro
Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my

HOSPITAL Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dijadikan sebagai hospital yang merawat Covid-19 di Johor mulai kelmarin.
FOTO Bernama

“SEMUANYA bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid, ” dakwa penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, penularan wabak Covid-19 di kawasan perkampungan berkenaan.

Menurutnya, bermula dengan dua orang dikesan positif wabak itu, kini ia menular sehingga menyebabkan kira-kira 3,570 penduduk di dua kawasan di Simpang Renggam diarahkan berkurung di kediaman masing-masing.

Ia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi.

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia menjadi laluan utama ke beberapa kampung lain selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

“Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak itu berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini, sebanyak 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

“Jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian Covid-19 tidak dilakukan dengan lebih gigih,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslizam dalam pada itu menggesa penduduk kampung memberikan kerjasama kerana apa yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kecuaian mereka.

“Bagaimanapun, apa yang kami bimbang sekarang ini adalah soal bekalan makanan asas kerana arahan PKPD ini mengejut menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak membuat sebarang persediaan.

“Kami berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas kerana tempoh PKPD selama 14 ini bukanlah satu masa yang singkat,” katanya.

Difahamkan, selain Kampung Datuk Ibrahim Majid yang mempunyai 1,495 penduduk, penduduk terjejas lain adalah dari Kampung Parit Salman (180 penduduk), Parit Kasmani (20 penduduk), Parit Takibek (120 penduduk), Lorong Perdana (180 penduduk), Taman Surau (95 penduduk) dan Jalan Benut (150 penduduk).

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi, susulan 61 kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ia membabitkan 3,570 penduduk daripada 650 keluarga dan akan berkuat kuasa mulai sehingga 9 April.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 9:02 AM

Thursday, March 26, 2020

Covid-19: Hilir Perak Dan Kinta Antara Kawasan Catat Lebih 40 Kes


IPOH: Daerah Hilir Perak dan Kinta menjadi antara 13 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan kes Covid-19 melebih 40 kes.

Sehingga tengah hari semalam, Hilir Perak mencatatkan 48 kes sementara Kinta mencatatkan 41 kes wabak tersebut.

Sementara itu, Kerian mencatatkan sembilan kes, Manjung dengan lapan kes dan Perak Tengah tujuh kes.

Pada masa sama, Larut Matang Selama dan Hulu Perak masing-masing merekodkan lima kes serta Batang Padang dengan tiga kes.

Kuala Kangsar dan Mualim masing-masing mencatatkan satu kes sementara Kampar menjadi daerah yang tidak merekodkan sebarang kes Covid-19, dalam tempoh sama.

Taburan kes Covid-19 mengikut daerah itu dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter beliau, hari ini.


Noor Hisham Abdullah
✔@DGHisham


#COVID-19; Taburan kes mengikut Daerah yang mempunyai pelaporan kes jangkitan COVID-19 dan yang tidak mempunyai kes COVID-19, setakat 12 tgh hari 25 Mac 2020.


1,129
6:06 PM - Mar 26, 2020
Twitter Ads info and privacy
1,767 people are talking about this

Terdahulu dalam satu sidang media di Putrajaya pada petang tadi, beliau berkata terdapat dua kematian baharu yang dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah sebanyak 23 kes.

Katanya kes kematian ke-23 melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun dengan latar belakang penyakit kronik dan telah menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun, dekat sini sebelum disahkan meninggal dunia pada 12.37 tengah hari tadi.

Walau bagaimanapun jelas Noor Hisham, kes mangsa itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster Covid-19.
Sementara itu, berdasarkan lampiran kenyataan media beliau, sehingga tengah hari tadi Perak telah mencatatkan sebanyak 23 kes baharu dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri itu sebanyak 151 kes.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-