Thursday, January 31, 2019

MP: Amaran Allah mengatasi amaran Mujahid

Anne Muhammad 
Diterbitkan Hari ini 2:28 tengahari


Anggota Parlimen Kuala Terengganu Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menolak amaran menteri agama Mujahid Yusof dalam isu lantikan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Menteri di Jabatan Perdana, Mujahid Yusof jangan ingat amaran dari beliau digeruni oleh umat Islam.

“Beliau dilaporkan memberi amaran jangan mempertikaikan pelantikan wakil DAP sebagai ahli lembaga pengarah Yadim.

“Ingat , 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu.

“Ingat, amaran Allah SWT mengatasi amaran beliau (Mujahid),” kata wakil rakyat PAS itu menerusi kenyataannya, hari ini.

Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim dikritik banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Bagaimanapun, Mujahid mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.

Sementara itu, Ahmad Amzad mendakwa DAP berusaha menghalang usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah dengan pelbagai alasan.

“PAS beri amaran jangan berterusan memberi laluan campur tangan DAP dalam urusan Islam.

“DAP berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah dengan pelbagai alasan,” katanya.

Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Agong ke-16

Diterbitkan Hari ini 11:29 tengahari


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu.
Sultan Abdullah, 59, dan Sultan Nazrin, 62, melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Raja-raja Melayu dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan manakala Pahang diwakili Pemangku Raja.

Hadir sama adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak selain dif-dif kenamaan yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai saksi.

Sultan Abdullah turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya membacakan kandungan surat perisytiharan itu, bermulanya secara rasmi Sultan Abdullah sebagai Ketua Negara baharu Malaysia berdasarkan undang-undang dan Perlembagan Persekutuan.

Memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memohon kesejahteraan ke atas baginda berdua serta seluruh rakyat dan negara ini.

Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V, yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Terdahulu, keberangkatan Sultan Abdullah ke Istana Negara selepas istiadat keberangkatan tiba di Dataran Parlimen diiringi kenderaan pengiring diraja.

Sultan Abdullah menerima Kawalan Kehormatan Darjat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada tiga pegawai dan 31 anggota yang diketuai Mej Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi sebaik kenderaan diraja yang membawa Yang di-Pertuan Agong melintasi pasukan itu ketika menuju Anjung Utama, Istana Negara.

Serentak itu, Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja yang dianggotai seorang pegawai dan 33 anggota dipimpin Mej Abdul Aziz Abdullah memainkan lagu Negaraku.

Umno perlu adaptasi saranan NACP

Noor Azleen Ambros 
Diterbitkan Hari ini 11:13 tengahari


ULASAN | Baru-baru ini, kerajaan melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Antara lain, pelan itu bermatlamat untuk memperkukuhkan aspek integriti merentasi semua bidang di Malaysia, seterusnya menjadikan negara ini bebas daripada gejala rasuah pada satu hari nanti.

Pelan ini mencadangkan beberapa strategi berkaitan penerapan nilai-nilai integriti dan langkah-langkah penambahbaikan berkaitan pembanterasan gejala rasuah, dengan menjadikan politik sebagai salah satu daripada sektor utamanya.

Untuk itu, Umno sebagai sebuah parti politik paling lama dan paling besar dalam negara perlu menerima pelan ini dengan matang, jujur dan secara terbuka.

Umno perlu berjiwa besar untuk menerima seterusnya meneliti setiap cadangan serta langkah-langkah penambahbaikan yang dikemukakan dalam pelan ini, khususnya yang melibatkan sektor politik.

Beradaptasi pada pelan ini adalah peluang serta kesempatan terbaik Umno untuk mengubah tanggapan dan memperbetul persepsi umum terhadap nilai dan amalan selama ini.

Peluang ini juga sebenarnya wajar dimanfaatkan parti untuk seterusnya meyakinkan rakyat bahawa Umno kini dalam proses berubah dan bakal kembali tampil dengan wajah baru melalui penekanan kepada soal nilai, etika dan integriti sebagai naratif utama yang mendasari parti.

Oleh yang demikian, Pemuda Umno Pasir Gudang mencadangkan agar sebuah jawatankuasa kerja di peringkat pusat dan negeri ditubuhkan untuk mengadaptasi saranan-saranan yang terkandung dalam NACP tersebut.

Memandangkan Umno juga kini dalam proses mendapatkan maklum balas dan pandangan untuk meminda beberapa perkara dan fasal dalam perlembagaan parti, Pemuda Umno Pasir Gudang ingin mencadangkan agar saranan yang terkandung dalam NACP wajar diambil kira dan dijadikan sebahagian daripada inputnya.

Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan Umno dipengerusikan oleh Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin.

NOOR AZLEEN AMBROS ialah ketua Pemuda Umno Pasir Gudang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Kaji selidik: Majoriti Melayu tak puas hati pada PH


Suatu kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

Laporan TMI melaporkan 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute itu dijalankan ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018.

Untuk rekod PH hanya mendapat sokongan kira-kira 17 peratus pengundi Melayu pada PRU Mei tahun lalu.

Kajian itu juga menunjukkan lebih separuh responden percaya PH boleh bertahan lebih dari satu penggal dan pentadbiran sekarang akan membawa masa depan cerah buat negara.

Pengarah Ilham Centre Mohd Yusri Ibrahim berkata naratif Islam yang dikemukakan PH sukar difahami ramai orang Melayu kerana falsafahnya terlalu dalam.

"Untuk memenangi hati Melayu kerajaan mesti memaparkan diri mereka sebagai konservatif dan centrist, bukan progresif atau konservatif kanan seperti PAS atau Umno," katanya.

Anggap DAP jadi penentu

Kajian itu juga menunjukkan 53.6 peratus responden tidak bersetuju Dr Mahathir Mohamad menamatkan tempohnya selama lima tahun sebagai perdana menteri, sebaliknya menyerahkan pimpinan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dirancang.

Daripada jumlah itu 51.9 peratus responden bersetuju Anwar adalah orang yang terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Dapatan lain termasuklah:

* 59.5 peratus responden tidak bersetuju mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sejak PRU lalu, berbanding 40.8 peratus yang bersetuju

* 54.4 peratus bersetuju kerajaan PH mengabaikan hak orang Melayu dan kepentingan Islam, berbanding 45.1 peratus yang berpendirian sebaliknya

* 50.1 peratus berpendapat PH tidak serius memenuhi janji pilihan raya dalam manifesto mereka berbanding 49.8 peratus percaya sebaliknya

* 58.3 peratus yakin kerajaan pusat tidak serius menangani isu kos sara hidup

* 62.9 peratus reposnden yakin orang bukan Muslim kini mengawal kerajaan pusat selepas 9 Mei berbanding 37.2 yang berpendapat sebaliknya

* 62 peratus percaya DAP mendominasi kerajaan berbanding parti lain dalam PH

* 58.9 peratus percaya kerajaan pusat kini membawa agenda liberal

[Baca berita asal]

Yadim: Lantikan politik PH persis janji orang munafik

tyrazalhe 31/01/2019
Oleh Athirah Huda Zalhe

Bolot jawatan GLC, agensi kerajaan bukti kerakusan puak Islam PH kutip hasil rampasan perang pasca kemenangan PRU14: Pemuda Isma


BANGI, 25 Jamadilawal 1440H, KhamisTidak sampai setahun memerintah, janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya tiada lantikan politik untuk jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan telah disampahkan, persis janji orang munafik, kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussin.

Beliau berkata, polemik pelantikan ahli-ahli politik sebagai anggota lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bukti kerakusan puak Islamis PH mengutip ghanimah (harta rampasan perang) pasca kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, satu persatu jawatan di GLC dan agensi kerajaan ‘dihadiahkan’ kepada pejuang parti-parti komponen, walaupun ramai lagi individu lain yang lebih layak dalam kalangan teknokrat, ahli akademik atau golongan agamawan.

“Dahulunya mereka inilah yang bersungguh-sungguh membongkar skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terdahulu dan kononnya merekalah yang paling suci dan berintegriti, ironinya sekarang puak ini juga yang rakus merebut segala posisi dan kedudukan yang ada, mengalahkan pahlawan yang mengumpulkan harta ghanimah selepas perang.

“Malah, lebih tamak jika dibanding dengan kerajaan terdahulu sehingga mahu membolot hampir kesemua jawatan yang ada tanpa mengira kesan buruk kepada institusi-institusi berkenaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sejak kelmarin, isu pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim kecoh di media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali untuk mengisi salah satu jawatan berkenaan.

Bukan sahaja pelantikan wakil rakyat Paloh itu dipertikaikan, bahkan kesemua lantikan dalam agensi di bawah kerajaan itu dipersoalkan oleh ramai pihak kerana didominasi individu yang mempunyai kaitan politik.

Enam individu dari Parti Amanah Negara (PAN) iaitu Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz; timbalannya, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron; Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi membabitkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan seorang wakil DAP, Adun Paloh, Johor Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Turut dilantik sebagai ALPA Yadim ialah wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim dan seorang ahli akademik, Dr Muhammad Razak Idris.

Mengulas perkara itu, Muhammad Farid berkata, lantikan ALPA seolah-olah kerajaan sudah ketandusan pakar, tokoh agama mahu pun ahli akademik lain yang lebih layak.

“Yang lebih memalukan, suatu badan yang sepatutnya mempertahankan dan mengembangkan dakwah Islam di tanah air, tanpa segan silu melantik wakil daripada parti rasis dan cauvinis DAP sebagai salah satu ahli pemegang amanah.

” Alang-alang, kenapa tak lantik terus al-fadhil Lim Guan Eng, ‘umar abd aziz era malaysia baru’? Barulah padan dengan dakyah rahmatan lil kafirin versi PH,” katanya.

'PRK Semenyih penentu hala tuju kerjasama PAS-Umno'

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 8:00 pagi


Penganalisis politik berpendapat hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno akan lebih jelas selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

Malah menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, kerjasama antara kedua-dua parti itu bergantung pada keputusan PRK yang akan berlangsung 2 Mac ini.

"PRK Semenyih akan menjadi kayu ukur sejauh mana kerjasama itu dapat diteruskan. Jika pembangkang menang kemungkinan besar kerjasama itu akan berterusan, sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka kalah.

"Saya tak nampak kerjasama PAS dan Umno boleh bertahan lama sekiranya mereka mengalami kekalahan dalam PRK Semenyih nanti.

"Kalau kita melihat kepada tiga PRK di Selangor yang lalu menunjukan bahawa rakyat Selangor masih bersama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk di kawasan majoriti Melayu walaupun sudah wujud kerjasama PAS dan Umno pada peringkat awal," katanya kepada Malaysiakini.

Kerjasama antara PAS dan Umno yang merupakan dua parti besar dalam blok pembangkang dilihat sebagai antara faktor penting yang membolehkan BN mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Jan lalu.

Bagaimanapun Rusdi berkata, berdasarkan rekod lampau dan prinsip perjuangan kedua-dua parti, masih terdapat ketidakpastian sama ada hubungan kerjasama tersebut mampu bertahan.

Katanya, jika dilihat sejarah hubungan kedua-dua parti ini menunjukkan mereka tidak boleh kekal lama kerana masing-masing mempunyai kepentingan tertentu selain ideologi politik yang berbeza.

"Keadaan ini agak sukar untuk mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang. Kalau kita tengok sejarah kerjasama PAS dan parti-parti lain di Malaysia juga tidak menunjukkan hasil yang baik dan berakhir seperti layang-layang putus tali.

"Konflik antara kedua-dua parti kemungkinan besar akan berlaku nanti apabila mereka nak buat pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terutama di negeri-negeri yang mempunyai majoriti pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.

Bersifat spontan

Sementara itu bagi Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Univeristi Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata, kerjasama kedua-dua parti itu yang terjalin kini berlaku secara spontan ekoran isu-isu yang wujud selepas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, PAS dan Umno kini menemui titik persamaan melalui pemahaman terhadap isu-isu melibatkan Melayu-Islam.

"Antaranya apabila mereka sama-sama melihat kerajaan PH ini dikawal oleh DAP. Jadi dalam situasi Umno tertekan, berlaku perpecahan dan keluar parti, Umno melihat sangat penting untuk mereka bekerjasama dengan PAS pada masa sekarang.

"PAS juga melihat isu-isu survival Melayu-Islam ini sesuatu yang perlu mereka tangani, saya melihat hubungan PAS dan Umno buat masa ini satu simulasi bersifat spontan.

"Jadi kerjasama yang terjalin sekarang ini berasaskan isu yang berlaku sekarang. Bukan disebabkan oleh dua parti ini mempunyai dua titik persamaan dalam konteks perjuangan antara dua buah parti," katanya.

Tambah Dr Mazlan, kelangsungan kerjasama PAS-Umno itu perlu dilihat dan mengambil kira aspek sejarah hubungan kedua-dua parti.

"Saya lihat isu survival di sini, maksudnya PAS keluar gabungan BN pada 1978 itu sebenarnya berpunca daripada pergelutan antara dua parti itu sendiri.

"Ini kerana, PAS dan Umno adalah dua parti yang bersaing sesama mereka dan pengaruh yang mereka rebut adalah segmen sama iaitu pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.

Justeru, kata Mazlan, persoalan kerjasama hari ini kekal atau tidak bergantung kepada isu-isu yang dibawa oleh kedua-dua parti berdasarkan situasi politik semasa.

Bertahan jika ada kepentingan

Sementara itu, bagi Profesor Madya Dr Awang Azman Pawi hubungan erat PAS dan Umno boleh bertahan selagi masing-masing masih mempunyai kepentingan antara satu sama lain.

Pensyarah Universiti Malaya itu berkata, Umno memerlukan PAS untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk undi bagi memastikan kerusi-kerusi majoriti tipis pada PRU lepas dapat dikekalkan.

"PAS pula memerlukan Umno sebagai rakan sekutu baru bagi menggerakkan kerjasama untuk menentang musuh bersama mereka pada masa kini iaitu PH.

"Selagi tidak ada konflik timbul, selagi itulah kerjasama akan terus dapat berlangsung.

"Konflik boleh berlaku sekiranya berlaku isu seperti perebutan kawasan untuk ditandingi di peringkat PRK, pemilihan calon yang paling layak untuk bertanding, isu percanggahan ideologi dan pendirian politik," katanya.

Tambah Awang Azwan, situasi sekarang menyaksikan PAS mampu diyakini oleh Umno bahawa kerjasama ini bermanfaat dan penting untuk orang Melayu dan Islam.

"Penyokong PAS dan Umno berjaya diyakini melalui kempen politik yang memberi gambaran bahawa DAP sangat jahat dan bermaharajalela dalam PH. Naratif bersifat politik ini berjaya mencetuskan sentimen antiDAP setakat ini selepas PRK cameron Highland," ujarnya.

Dia Melayu Islam apa salahnya - Guan Eng

MyMetro
Garret Dawum
garret@hmetro.com.my


“KONTROVERSI tidak sepatutnya ditimbulkan mengenai pelantikan Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hanya kerana beliau ahli DAP,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Sheikh Omar adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Jika individu dilantik itu bukan beragama Islam, maka pertikaian yang ditimbulkan UMNO, PAS dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mungkin boleh difahami.

"Apa masalahnya beliau dilantik kecualilah pelantikan itu dikaburi oleh kepentingan politik," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Bazar Tahun Baru Cina 8TV di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak.

Bazar bermula 13 hingga 31 Januari itu dipersembahkan oleh 8TV dengan penganjuran oleh Build Up Resources (BUR) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Kira-kira 400,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama hadir memeriahkan bazar terbabit, selain 150,000 pengunjung meluangkan masa melawat Blossom Wonderland yang disediakan.

Menurut Lim, pertikaian yang ditimbulkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh itu sebagai serangan politik semata-mata.

"Saya rasa tak payah buang masa layan pandangan sebegini. Sheikh Omar ini ahli Exco kerajaan negeri Johor dan juga seorang graduan agama.

"Jika dia boleh dilantik sebagai Exco yang diperkenan oleh Sultan Johor, kenapa tidak boleh dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah mana-mana pertubuhan Islam," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan menyifatkan pelantikan Sheikh Omar itu menggambarkan institusi Islam mula dirobek kerajaan yang didominasi DAP, manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula mendakwa YADIM bakal dicorakkan DAP.

Terdahulu, dalam ucapannya, Lim yakin ekonomi akan bertambah baik pada masa depan serta rakyat akan mendapat manfaat hasil pentadbiran kerajaan yang bersih.

"Kerajaan ini tidak mencuri duit rakyat, sebaliknya rakyat yang akan dapat duit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 11:04 PM

Zionis guna dadah hapuskan pemuda Palestin

MyMetro
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

MOHD Azmi (tengah) menyampaikan taklimat awal kepada peserta Bengkel Khas 360 Masjid al-Aqsa. (Gambar kecil) Dr Sameer. 
FOTO Ihsan MAPIM

BUKAN saja dikenakan pelbagai sekatan dan tekanan, rejim Zionis juga menggunakan bahan khayal untuk melemahkan generasi muda Palestin di Baitulmaqdis bagi 'menghapuskan' mereka secara senyap.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga diberikan wang untuk membeli bekalan dadah jika kehabisan stok dan taktik itu sudah digunakan sejak beberapa tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, aktivis Ummet Vakfi Turkey Dr Sameer Saed al-Quds berkata, menyasarkan golongan remaja dan pemuda, ia menjadi senjata paling berkesan dalam memastikan generasi muda tidak mampu melawan dan menemui maut secara perlahan-lahan.

"Tindakan ini dilakukan secara senyap, tidak perlu bertempur, baling batu atau bertindak kasar, hanya menggunakan dadah, remaja Palestin akhirnya akan tunduk kepada tentera tanpa paksaan.

"Sehingga kini puluhan ribu remaja di sekitar Kompleks al-Aqsa dan Palestin terbabit dengan penyalahgunaan dadah yang dirancang rapi tanpa disedari banyak pihak.

"Ketika banyak pihak menyatakan kebimbangan mengenai masa depan Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, tentera pula sudah membunuh remaja Palestin, kumpulan yang diharapkan dapat menyambung perjuangan generasi awal," katanya ketika menjadi pembentang Bengkel Khas 360 Masjid al-Aqsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Ia dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang turut dihadiri presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengarah Waqaf al-Aqsa Johan Ariff Ismail.

Dr Sameer turut berkongsi keadaan terkini di tempat ketiga suci bagi umat Islam itu sambil menambah, inisiatif segera perlu diambil bagi membantu penduduk Palestin mempertahankan kawasan berkenaan daripada diceroboh Israel.

"Kita perlu pertahankan kerana ia tanah bagi semua umat Islam yang kini berada dalam kawalan Yahudi. Penghapusan identiti bagi negara dan penduduk Palestin sedang berlaku.

"Saya percaya usaha berterusan daripada rakan seperti MAPIM akan membuahkan hasil, setidak-tidaknya kesedaran mengenai perlunya Masjid al-Aqsa dipertahankan," katanya yang berasal dari kawasan pesisir pantai di Palestin.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan maklumat kepada aktivis daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai status terkini di sana.

Katanya, ia sebagai persediaan untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan bermaklumat yang bukan saja prihatin dengan nasib saudara seagama, tetapi tahu sejarah mengenai Islam itu sendiri.

"Selepas ini kita akan adakan lebih banyak program sebegini bagi memberi pencerahan kepada seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.

MAPIM turut mengaktifkan tabung wakaf dan orang ramai yang ingin turut serta boleh menyumbang menerusi akaun CIMB 8602715930 atau secara dalam talian di www.wakafaqsa.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 11:55 PM

K'jaan timbang pajakan 99 tahun dalam pembangunan semula Kg Baru

Kow Gah Chie 
Diterbitkan 30 Jan 2019, 10:02 malam


Kerajaan menimbang untuk memberi pajakan panjang - sehingga 99 tahun - untuk menangani isu tanah rizab Melayu dalam pembangunan semula Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

"Kita sedang fikirkan beberapa mekanisme untuk uruskan soal status tanah rizab Melayu di Kampung Baru.

"Seperti yang telah di sebut Kabinet, antaranya untuk memberi pajakan panjang. Maknanya orang yang bangunkan (tanah itu) boleh dapat pajakan (misalnya) 60 tahun atau 99 tahun.

"Akhirnya tanah itu kembali kepada pemilik yang sama. Hak milik tidak terjejas," katanya dalam perjumpaan dengan media hari ini.

Walaupun tinjauan menunjukkan 88 peratus penduduk setuju kawasan itu dibangunkan semula, Khalid berkata antara masalah yang dihadapi adalah pemilikan tanah, antaranya "geran untuk satu lot rumah memiliki 12 nama".

Beliau berkata kementeriannya berazam untuk merangka penyelesaian tentang masalah itu menjelang akhir tahun ini bagi menjaga status tanah rizab Melayu di situ di tengah-tengah rancangan pembangunan semula.

"Kita tak mahu (penduduk) terpinggir kerana ini asalnya penempatan Melayu, kedudukan begiu strategik dan kawasan sekelilingnya sedang dibangunkan.

"Kita boleh bangunkan (Kampung Baru) dan semua pewaris akan dapat manfaat," katanya lagi.

'Memang Kg Kerinchi'

Sementara itu, Khalid berkata nama Kampung Kerinchi tidak pernah ditukar secara rasmi kepada 'Bangsar South'.

Katanya, Bangsar South hanya merujuk kepada projek pembangunan di Kampung Kerinchi, justeru tidak timbul isu ia dikembalikan kepada nama asalnya.

Kampung Kerinchi dikatakan dinamakan sebagai Bangsar South pada 2012 apabila berlakunya gentrifikasi (pembangunan semula yang membawa masuk penduduk luar - lazimnya berkedudukan ekonomi lebih baik daripada penduduk sedia ada) di situ.

Awal bulan ini, Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata telah memenuhi salah satu janji kempen PRU ke-14 apabila mengembalikan nama Kampung Kerinchi.

Khalid bagaimanapun berkata, pihak berkuasa akan menaikkan lebih banyak poster dan papan tanda agar lebih ramai yang tahu Kampung Kerinchi adalah nama asal kawasan itu.

[Baca berita asal]

Wednesday, January 30, 2019

Bekas ahli DAP kontroversi dilantik CEO Majlis Perniagaan China-Malaysia

FMT Reporters
-January 30, 2019 6:23 PM


PETALING JAYA: Seorang bekas ahli DAP yang mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan Laut China Selatan milik China dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC) berkuatkuasa 1 Februari.

Pelantikan Hew Kuan Yau itu diumumkan oleh Pengerusi Tan Kok Wai, yang juga duta khas ke China dan pengerusi DAP.

MCBC, yang diperbadankan daripada Majlis Perniagaan Bersama China-Malaysia (JBC), berperanan sebagai penyedia khidmat nasihat dan maklumat perniagaan untuk usahawan Malaysia di China dan usahawan China di negara ini.

JBC ditubuhkan oleh agensi kerajaan China, Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) dan satu entiti tempatan pada 2002.

“Pelantikan Hew sebagai CEO adalah untuk mengalakkan lagi perniagaan MCBC, mengukuhkan kerjasama perniagaan antara Malaysia dan China untuk memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara,” kata Tan dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata Hew seorang pakar tentang China kerana mempunyai pengalaman pengurusan perniagaan di ngara itu, dan pernah belajar di Guangzhou dan Hong Kong dan mempunyai ijazah kedoktoran dari Universiti Cina Hong Kong.

“Hew seorang calon yang kompeten untuk jawatan itu kerana dia memahami diplomasi antarabangsa, memandangkan pengalaman dan penglibatannya dengan Kesatuan Pemuda Sosialis Antarabangsa,” katanya.

Media melaporkan Hew dituduh tidak patriotik kerana mengisytiharkan Laut China Selatan milik China dalam satu kiriman di Facebook pada Julai 2016, ditengah-tengah pertikaian antara negara komunis itu dan negara-negara Asean termasuk Malaysia.

Laut China Selatan antara punca ketegangan di rantau ini apabila China menuntut sebahagian besar lautan itu.

Hew mengumumkan keluar DAP berkuatkuasa serta merta kerana kontroversi itu.

Hew ketika dihubungi FMT berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas Tahun Baru Cina bulan depan mengenai rancangan masa depanny untuk MCBC.

“Saya dimaklumkan mengenai pelantikan itu pagi tadi dan akan mengeluarkan kenyataan apabila saya memasuki pejabat itu selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Dia juga dikenali sebagai “Superman” kerana memakai pakaian berlambangkan adiwira komik itu, dan terkenal dengan ucapan-ucapan yang lantang.

Mohon PH jangan 'lacurkan' Yadim, kata Zamihan

Diterbitkan Hari ini 1:41 tengahari |


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak 'melacurkan' institusi agama Islam demi kepentingan politik.

"Apa sudah jadi dengan Malaysia Baru? Malaysia baru atau Malaysia celaru. Tak habis-habis institusi agama Islam dimangsakan oleh pentadbiran kerajaan Malaysia Baru.

"Kali ini giliran Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) pula menjadi mangsa kerakusan pemimpin politik PH.

“Amat malang apabila Yadim sebagai agensi dakwah dijadikan alat politik parti tertentu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pentadbiran PH jauh lebih teruk jika dibandingkan kerajaan BN dahulu.

"Apakah sudah tidak ada lagi golongan profesional ataupun agamawan di luar sana untuk menerajui Yadim?" soalnya.

Katanya, apakah hanya tokoh-tokoh tertentu yang memakai baju politik Amanah dan DAP saja yang benar-benar layak dan Islamik? Ataupun mereka itu sebenarnya merupakan kroni pihak tertentu yang perlu diberi ghanimah (imbuhan) selepas berjaya merampas Putrajaya.

"Mohon jangan ‘lacurkan’ Yadim demi kepentingan politik dan tolong jangan pergunakan Yadim bagi tujuan kepentingan peribadi.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara apabila peringkat atasan Yadim dimonopoli hampir keseluruhannya oleh orang politik," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga pernah dilantik sebagai yang dipertua Yadim, turut mempersoalkan pelantikan ahli lembaga pemegang amanah badan itu yang didakwa diberi keutamaan kepada ahli-ahli politik PH.

Dalam pada itu, Zamihan turut mengecam pelantikan Adun Paloh, Johor Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga yang juga adalah anggota DAP.
Walaupun, pelantikan Sheik Omar dipertahankan oleh Dr Mujahid Yusof, Menteri yang ditugaskan menjaga hal ehwal Islam sebagai berdasarkan kelayakan dimilikinya, Zamihan menolak kenyataannya itu.

Katanya, tidak pernah terjadi dalam sejarah negara yang wakil dari parti yang secara konsisten rasis, anti Islam diberi tempat dalam Yadim.

"Sejarah Malaysia baru apabila Adun DAP dari parti yang rasis anti Islam diberi tempat untuk menjaga agama. Inikah agenda transformasi dalam Malaysia Baru?

“Mana dasar good governance yang dilaung-laungkan selama ini?

"Sedarlah bahawa rakyat sudah muak dengan karenah kleptokrasi politik. Apatah lagi tindakan-tindakan lacut memperkudakan agensi agama," kata Zamihan.

PRK Semenyih: PH tidak akan main isu perkauman - Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersedia berdepan kerjasama UMNO-PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini dengan kemungkinan mereka memainkan sentimen perkauman dan agama untuk meraih undi.

Presiden PKR itu berkata, PH tidak akan memainkan isu perkauman tetapi sebaliknya akan memberi penekanan kepada penyampaian janjinya untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Saya optimis kami mempunyai dasar yang betul, turun ke akar umbi untuk berkhidmat kepada rakyat, kami berupaya untuk melaksanakannya,” kata Anwar kepada pemberita selepas majlis penutup Forum Ekonomi dan Tinjauan Masa Hadapan Strategik Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata isu perkauman yang dimainkan pembangkang menyumbang kekalahan PH dalam PRK Parlimen Cameron Highlands yang diadakan Sabtu lalu.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

BERNAMA

Tuesday, January 29, 2019

Pengundi Melayu akan undi PH di Semenyih, kata Dr M

Adam Abu Bakar
-January 29, 2019 10:00 PM

Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:  Tun Dr Mahathir Mohamad percaya pengundi Melayu kali ini akan menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil DUN Semenyih, selepas kekalahan di Cameron Highlands yang menyaksikan peratus undi orang Melayu meningkat.

PPBM dijangka meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Semenyih yang bakal bermula pada 2 Mac depan.

Pakatan Harapan juga menjangkakan akan ada lebih dari 2 parti yang akan meletakkan calon di situ, yang akan memecahkan undi orang Melayu.

“Namun kita yakin, berdasarkan penelitian kita, masih ada peluang di sana,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

“Saya rasa sokongan pengundi Melayu masih lagi kuat di Semenyih.”

Keputusan di Cameron Highlands menunjukkan lonjakan hampir 40% undi purata kepada calon BN, daripada 47.9% kepada 86.8% di daerah mengundi majoriti Melayu, kata Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

Kali ini Pakatan Harapan yang akan mempertahankan kerusi, yang dimenangi calon PH, Bakhtiar Mohd Noor dari PPBM pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 8,964 undi.

Pertandingan kali ini juga akan berlaku di Selangor, yang gagal ditawan BN sejak 2008. Semenyih mempunyai 54,000 pengundi yang majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu, iaitu hampir 70% pengundi.

“Kita beri perhatian kepada analisis Cameron Highlands dan kita berusaha membuat persediaan,” kata Dr Mahathir.

“Kita dapati bahawa keadaan memang mempunyai masalah tetapi bukanlah masalah yang tidak dapat kita atasi.”

PRK Semenyih merupakan pilihan raya ke-6 yang diadakan selepas pilihan raya ke-14 lalu. PRK berkenaan diadakan selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Noor meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Sebelum itu, Dr Mahathir menerima 5,000 permohonon pendaftaran sebegai ahli PPBM dari beberapa negeri seperti, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor.

Restoran popular di Teluk Intan gagal peroleh sijil halal

MyMetro
Noor Hidayah Tanzizi
cnews@nstp.com.my

Surat JAIPk yang tular mengenai keputusan mesyuarat panel halal.

PERMOHONAN Pensijilan Halal Malaysia sebuah restoran India popular di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan gagal selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Yusri Abdul Rani berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Disember tahun lalu.

Katanya, ia berikutan pemeriksaan mendapati pihak restoran berkenaan didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sudah ditetapkan.

“Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan dan tiada lantikan penyelia halal.

“Bekalan bahan mentah di premis berkenaan bagaimanapun didapati tiada masalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

eliau diminta mengulas surat yang tular dalam WhatsApp hari ini menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan yang terkenal di Teluk Intan dengan hidangan ayam goreng itu, gagal selepas tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Yusri berkata, berikutan itu, premis berkenaan diminta untuk tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan mereka.

“Bagaimanapun kegagalan permohonan premis berkenaan itu tidak menghalang mereka memohon semula sijil halal selepas mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah restoran makanan daun pisang iaitu Restoran Vinayagar Hutan Melintang, Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam operasi yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Januari, lalu.

“Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai penandaan halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Yusri berkata, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dalam memastikan premis makanan yang dimiliki bukan Islam mempunyai sijil halal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 8:26 PM

Calon BERSATU tanding PRK Semenyih - Amirudin

BERITA»Politik
Selasa, 29 Januari 2019 | 6:34pm
Oleh Dawn Chan
cnews@nstp.com.my
PENGERUSI PH Selangor, Amirudin Shari hadir pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, hari ini. 
- Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM:  Pakatan Harapan (PH) Selangor tetap dengan pendiriannya bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac ini, walaupun ada gesaan supaya PKR meletakkan calon parti itu.

Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, berkata mereka tetap dengan keputusan yang dibuat pada peringkat negeri minggu lalu bahawa BERSATU patut meletakkan calon, kerana ia sebagai penyandang kerusi.

“Keputusan kami ‘status quo’ walaupun ada gesaan daripada akar umbi supaya PKR bertanding di kerusi itu. Cadangan seperti ini memang biasa tetapi ketika ini bukan masanya untuk bercakap mengenai parti mana yang patut bertanding tetapi kita perlu mula bekerja untuk memastikan kejayaan PH di Semenyih.

“Saya serahkan kepada kepemimpinan tertinggi untuk membuat keputusan kerana ini membabitkan Majlis Presiden PH. Kami bersedia jika berlaku sebarang perubahan pada dasar di peringkat nasional membabitkan parti mana yang patut bertanding dan perkara lain.

“Dalam mesyuarat itu, kami memberi sokongan penuh kepada BERSATU untuk memastikan PH mengekalkan pencapaian cemerlangnya dalam PRK di Semenyih,” katanya hari ini.

Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian selepas perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR pusat, berkata satu taklimat akan diadakan dengan parti komponen PH untuk menyediakan jentera kempen PRK.

Pada Jumaat lalu, Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, dilaporkan mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di PRK Semenyih dan ia sudah mengenal pasti lima calon berpotensi.

Beliau berkata, nama berkenaan sudah diusulkan kepada ibu pejabat BERSATU dan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan mengenai calon.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada Barisan Nasional dengan 23,428 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini mengumumkan PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.

‘Dakwaan baru bagi hukum Najib atas kemenangan Cameron Highlands’

Hariz Mohd 
Diterbitkan Hari ini 12:24 tengahari


Tiga lagi dakwaan baru ke atas Najib Razak semalam adalah sebagai menghukumnya susulan kemenangan BN di Cameron Highlands, dakwa seorang pembantu bekas perdana menteri itu.

Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, pembantu itu memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan Najib telah dirakamkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 30 minit sebelum dia didakwa dengan pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Pihak berkuasa, katanya, juga mengambil cap jari dan merakamkan gambar Najib seolah-olah ia adalah kes baru.

"Saya fikir ini untuk menghukum Najib berhubung apa yang berlaku di Cameron Highlands. Saya mengesyaki demikian kerana prestasi Najib agak cemerlang di Cameron Highlands.

"Pihak pendakwaan berkata ini adalah pertuduhan yang sama, tetapi jika sama, kenapa mereka mengambil gambar dan cap jarinya sekali lagi seperti ia adalah kes baru? Semua ini dilakukan di tingkat bawah mahkamah.

"Mereka soal-siasat dia, ambil gambar dan cap jari di pejabat pendaftar, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, seolah-olah mereka mahu menjadikannya sebagai mangsa dan memalukannya," katanya.

Dihubungi kemudiannya, peguambela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah juga membidas pertuduhan tambahan itu dan menuduh pendakwaan sebagai "cuai".

Katanya, dakwaan pertuduhan tambahan dibuat kurang dua minggu sebelum perbicaraan Najib berhubung dakwaan berkaitan dengan skandal SRC International dijadualkan bermula.

Shafee berkata pendakwaan juga membuat pindaan kepada enam pertuduhan terdahulu, dan ini menyaksikan pasukan pembelaan mempunyai masa yang semakin berkurangan untuk mempersiapkan kes mereka.

"Bantahan saya bukan sebarangan. Peguam Negara menandatangani persetujuannya terhadap pertuduhan baru itu dan pada hari yang sama, mereka merakamkan kenyataan daripada Najib.

"Mereka memaksa Najib memberi kenyataan. Semua ini berlaku semalam.

"Ini adalah perkara yang menurut pihak pendakwaan bahawa mereka sudah bersedia beberapa bulan lalu dan adalah yang sama dengan yang apa yang dia didakwa sebelum ini.

"Sekiranya perkara sama, mengapa pihak pendakwaan tidak bersedia?" soalnya.

Semalam, Najib dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Najib dituduh terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (a) akta itu kerana didakwa menerima sejumlah RM47 juta dalam akaun AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 8 Julai 2014.

Tuduhan itu dibacakan kepada Najib di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

PM: Bakal pesalah rasuah berdepan hukuman lebih berat

Mohamad Fadli
-January 29, 2019 11:55 AM

Dr Mahathir (tengah) ketika melancarkan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, hari ini.

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kerajaan mengambil tindakan membawa pelaku rasuah yang lalu ke muka pengadilan, satu pelan dibuat untuk mencegah rasuah.

Dr Mahathir berkata Pelan Anti-rasuah Nasional yang dirangka untuk 2019 hingga 2023 bagi memastikan kesalahan rasuah masa lalu tidak berulang dan tidak berlaku lagi untuk masa depan.

“Pelan ini juga satu pernyataan yang tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang lalu telah dan sedang kita kejar dan akan kita hukum, manakala perasuah sekarang dan masa depan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas.

“Ia satu bukti tindakan yang kita ambil terhadap perasuah-perasuah yang lalu bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci,” katanya selepas melancarkan Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Turut hadir dalam majlis ini Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Abu Bakar dan Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

NACP merupakan pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi kerajaan.

Pelaksanaan pelan ini dibuat berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi 5 sektor utama. Pelan ini mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi 6 sektor utama iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Dr Mahathir berkata kerosakan yang berlaku kepada negara sebelum ini amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah tidak akan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas.

Beliau berkata Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenalkan dalam 2004 yang memberi fokus kepada pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat tidak berupaya menyekat budaya rasuah.

Katanya, rasuah semakin menjadi-jadi selepas sehingga negara digelar sebagai kleptokrasi, satu label yang amat memalukan.

“Kleptokrasi bermakna sebuah kerajaan yang dipimpin oleh perasuah dan pencuri harta negara yang mengeksploitasi harta negara dan rakyat untuk kepentingan peribadi.

“Label ini bukan dicipta oleh saya atau kerajaan yang saya pimpin. Ianya disebar oleh media-media luar negara setelah badan-badan berkuasa dari negara luar mendapati pemimpin yang lalu terbabit di dalam pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan secara berleluasa di satu tahap yang belum pernah terjadi sebelum itu,” katanya.

Beliau menambah NACP adalah gagasan masa depan di mana ahli pentadbiran kerajaan sekarang akan mendepaninya.

Pelan itu, katanya, mengambil pandangan dan maklum balas daripada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan selain perbincangan dengan pelbagai pihak yang difikirkan mampu membantu kerajaan dalam usaha menangani rasuah.

Beliau berkata penilaian itu juga setelah melalui semakan kumpulan pakar daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) juga kita perolehi.

“Yang paling penting bagi saya ialah pelan ini menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan memberi fokus kepada 6 bidang yang dikenal pasti sebagai bidang keutamaan yang cenderung kepada rasuah.

“Bidang-bidang tersebut adalah perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus politik, tadbir urus korporat, pentadbiran sektor awam dan bidang perundangan dan kehakiman,” katanya.

Ada Kemungkinan PRU Baharu Dalam Masa Terdekat – Peguam

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
January 29, 2019 admin


Malaysia mungkin berhadapan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat sekiranya Tribunal yang ditubuhkan untuk enam orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati berlaku salah laku (misconduct) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Salah seorang peguam mereka, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, menyatakan Peguam Negara, Thommy Thomas melakukan “blunder” dan membuka “floodgate” ke arah mengisytiharkan PRU-14 sebagai tidak sah.

“Jika Peguam Negara berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu wujud salah laku, maka, keseluruhan proses pilihan raya termasuk keputusan yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) adalah tidak sah.

“Disebabkan Peguam Negara mempersoalkan ke absahan PRU-14, (dakwa) ada salah laku, (keputusan) boleh jadi tak sah dan terbatal, kita perlu kepada pilihan raya umum baharu dan kita akan ada Perdana Menteri baharu, Peguam Negara baharu dan segala baharu.

“Anda (Peguam Negara) yang membuka pintu, saya suka untuk masuk (mengambil tindakan undang-undang susulan),” katanya

Sebelum ini, kolumnis Sinar Harian, Ab Jalil Backer menulis dalam kolum isninnya “Pilihan Raya Umum 14 tidak sah” menyatakan “Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU-14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.”

Tribunal ini terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.

Manakalah ahli SPR yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

-Suara.TV

Kadir: Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat

Diterbitkan Hari ini 10:12 pagi 


Prestasi Pakatan Harapan (PH) setakat ini telah merosot berbanding jangkaan penyokongnya, kata wartawan veteran A Kadir Jasin

Kadir berkata orang ramai menjangkakan mereka akan dapat melihat bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan beberapa "bulan lalu."

"Mereka kecewa melihat dia (Najib) berkelakuan seolah-olah dia masih perdana menteri.

"Penyokongnya kembali mendapatkan keyakinan mereka dan menjulangnya - yang terkini dengan kempen "malu apa bosku ".

"Tanpa menghalang dia dan mereka yang berkomplot dengannya mendapatkan keadilan, rakyat akan lebih gembira jika mereka ke penjara atas kesalahan mereka secepat mungkin," tulis Kadir di blognya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekalahan PH dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada Sabtu.

Najib sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal 1MDB dan menghadapi 38 pertuduhan jenayah kerana menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pertuduhan pertama terhadapnya dibuat pada September lalu, namun perbicaraan masih belum bermula.

Najib bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan terhadap beliau.
Sementara itu, Kadir yang juga penasihat media Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan PH juga menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan terhadap perkara lain.

"Saya terpaksa memberi markah yang rendah kepada menteri yang bertanggungjawab untuk pengeluaran makanan, bekalan, pengangkutan, harga, pemantauan dan penguatkuasaan.

"Harga makanan yang berpatutan menjadi isu. Orang tua dilaporkan mati kerana mahukan makanan percuma!

"Para menteri yang bertanggungjawab untuk perpaduan negara, pembangunan luar bandar, pendidikan dan pelancongan juga harus menyinsing lengan baju mereka atau berdepan desakan agar mereka disingkirkan," katanya.

Kadir berkata rakyat tidak mahu lagi kerajaan hari ini menyatakan mereka akan mengkaji sesuatu perkara atau hanya menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

Selain itu beliau menambah, pemimpin PH juga harus bersikap lebih mesra kepada rakyat.

Kadir memberikan contoh beliau melihat para menteri dan timbalan mereka hanya berkumpul di meja VIP di Cameron Highlands dan tidak bercampur gaul dengan rakyat.

"Orang-orang yang mengambil risiko mengundi PH pada pilihan raya umum yang lalu lebih berhak mendapat daripada apa yang sedang ditawarkan sekarang.

"Seperti yang saya nyatakan dalam catatan Facebook saya pada 27 Januari, keputusan Cameron Highlands menunjukkan bahawa terdapat bahaya yang jelas kepada PH pada masa ini.

"Jika rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh mengundi untuk singkirkan PH," katanya.

Monday, January 28, 2019

PAS Pahang kerjasama dengan BN demi manfaat rakyat

Oleh Abdul Razak Raaff 
dan Amin Ridzuan Ishak
cnews@nstp.com.my
PESURUHJAYA PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar. 
- Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN:  PAS Pahang akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam pelbagai isu yang memberi manfaat kepada rakyat dan mempertahankan Islam yang terbukti berjaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata sebelum ini pihaknya sudah bekerjasama dengan BN terutama UMNO dalam himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kerjasama kita dalam bentuk isu semasa dan paling penting fokusnya adalah untuk mempertahankan Islam yang PAS sentiasa konsisten. Kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands adalah bukti kejayaan menerusi penyatuan dua parti itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada PRK Cameron Highlands, calon BN, Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi. Pada PRK itu, 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Mengulas lanjut, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, berkata jentera PAS di Cameron Highlands mematuhi arahan pucuk pimpinan supaya menyokong calon BN pada PRK itu.

“Sokongan terhadap calon BN terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai meningkat dan ia membantu menambah majoriti dimenangi Ramli. Kita gembira dengan kemenangan itu yang membolehkan ada wakil pembangkang di Parlimen untuk membolehkan kerajaan sekarang dipantau dengan lebih rapi demi kepentingan rakyat,” katanya.

Katanya, kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands adalah satu amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya melakukan sesuatu bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan dihadapi rakyat pada masa kini.

“Di Parlimen Cameron Highlands ada banyak isu tempatan seperti kejatuhan harga sawit dan kesukaran dihadapi peneroka FELDA kini, ia memberi kesan kepada bentuk pengundian pada pilihan raya kecil itu. PH harus melihatnya sebagai satu amaran supaya berbuat sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, berkata kerjasama erat jentera pilihan raya BN dan PAS sepanjang PRK Cameron Highlands perlu diteruskan bagi menghadapi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Mac ini.

“Kesungguhan kerjasama yang ditunjukkan jentera pilihan raya PAS dan BN banyak membantu BN mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands, malah turut membantu meningkatkan majoriti calon.

“Momentum kerjasama erat dan sistematik sepanjang tempoh berkempen yang ditunjukkan PAS dan BN patut diteruskan ke PRK DUN Semenyih sekali gus berusaha merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dakwaan kadar makanan sehari SBP dikurangkan tidak benar, kata Maszlee

Bernama
January 28, 2019 12:20 pm

Dakwaan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) dikurangkan adalah tidak benar.

Menafikan perkara tersebut, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kadar makanan sehari di SBP masih kekal.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan keluarkan kenyataan petang ini menafikan dakwaan atau fitnah tersebut.

“(Dan) saya berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan ‘homework’ sebelum keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ziarah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Jalil, dekat sini, hari ini.

Maszlee secara sinis turut ‘mempelawa’ bekas perdana menteri itu untuk menggunakan masa yang terluang kini dengan mengajar murid-murid terutama di kawasan pedalaman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib menerusi akaun Twitter miliknya yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah mengurangkan kadar makanan tersebut daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.

Sementara itu, Maszlee berharap agar program Ziarah Cakna berupaya mengembalikan imej guru sebagai adiwira kepada anak-anak murid, ibu bapa serta masyarakat sekitar.

“Diharapkan dengan Ziarah Cakna seperti ini akan menjadikan guru dilihat sebagai superhero. Dulu perkara ini berlaku di kawasan kampung, perumahan, guru di mana sahaja dilihat sebagai hero. Ibu bapa hormat, masyarakat hormat, cikgu sendiri dilihat sebagai orang yang dihormati, kita ingin kembalikan,” katanya.

Program Ziarah Cakna juga bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga.

Program yang melibatkan 143 pejabat pendidikan daerah (PPD) seluruh negara, dijangka berlangsung sepanjang tahun ini.

Najib bidas PH, kurangkan belanja makanan di sekolah asrama penuh

Diterbitkan 59 minit yang lalu pada 28 January 2019

Oleh Aliff Fikri Aziz

Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan PH mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah-sekolah berasrama penuh. 
Foto oleh Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 28 Jan Datuk Seri Najib Razak mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mengurangkan perbelanjaan makanan sehari di sekolah-sekolah asrama penuh.

Bekas perdana menteri berkata langkah sedemikian tidak pernah “terlintas” pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya sebelum ini.

“Baru dapat tahu kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) dari RM18 kepada RM14.50 [seorang],” coretnya di Twitter, semalam.

Tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan itu tetapi Utusan Online turut melaporkan seorang lagi wakil rakyat Umno turut mengecam langkah tersebut.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan ramai ibu bapa bimbang keputusan itu “memberikan kesan langsung” kepada kualiti pendidikan SBP dan sekolah asrama lain.

Pada 14 Januari lalu, ketua setiausaha Kementerian Pendidian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang mengakui ada pindaan pelaksanaan bantuan makanan ekoran kekangan peruntukan.

Sunday, January 27, 2019

PH kalah: Amaran rakyat kepada kerajaan

MyMetro
Aizat Sharif
cnews@nstp.com.my


KEKALAHAN Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul masa ini.

Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekalahan sulung parti berkenaan adalah gambaran bahawa banyak perkara asas terhadap rakyat perlu diperhalusi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kekalahan terbabit adalah sebagai peringatan supaya PH melihat semula keperluan dan luahan rakyat berkenaan isu yang berlaku.

“Walaupun kita tidak menang namun pelbagai maklum balas diterima dari masyarakat di sana berkaitan isu bantuan sara hidup, kos sara hidup, pembangunan jalan dan isu Orang Asli.

“Segala maklum balas berkenaan akan diperhalusi dan diperbaiki demi memperbaiki kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Melayu Perlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di Arau hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menyangkal bahawa kekalahan PH adalah disebabkan faktor bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut sama berkempen untuk Barisan Nasional.

“Itu bukan faktornya kerana kami lihat kekalahan ini sebenarnya adalah isyarat pengundi Cameron Highlands yang mahukan kita memperbaiki perkhidmatan kita kepada masyarakat di negara ini,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 9:11 PM

BN guna sentimen kaum, agama punca PH kalah - Mujahid

Diterbitkan Hari ini 4:10 petang 


Kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh BN dengan kerjasama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH.

"Mereka menuduh saya tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan saya ikut telunjuk DAP. Semua itu fitnah.

"Ini jelas orang Melayu masih boleh dimainkan dengan sentimen-sentimen Melayu dan Islam dan secara keseluruhan kempen BN itu mencemar usaha kerajaan PH untuk mewujudkan Malaysia Baru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Pongal di Parit Buntar hari ini.

Beliau mengulas kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands semalam apabila Ramli Mohd Noor daripada BN meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.

Dr Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar berkata berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.

- Bernama

Kejayaan UMNO-Pas tarik sokongan MCA, MIC di luar jangkaan – Guan Eng

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
27 Januari 2019 11:19 AM

LIM GUAN ENG

PULAU PINANG 27 Jan. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan UMNO dan Pas menarik MCA dan MIC menyokong kerjasama parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands adalah di luar jangkaan.

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, Guan Eng turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor atas kejayaan menjadi wakil pertama Orang Asli di Dewan Rakyat serta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin BN bagi PRK berkenaan.

Dalam masa sama, beliau turut menilai kegagalan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran untuk menang antaranya disebabkan peratusan undi penyokong PH yang menurun sebanyak 15 peratus.

Begitu pun, jelas beliau, meskipun tewas, PH masih berjaya mengurangkan majoriti undi UMNO-Pas iaitu daripada 4,184 ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbanding 3,238 undi pada PRK semalam.

“Selain itu, undi calon PH juga berjaya ditambah kira-kira tiga peratus iaitu daripada 38 peratus pada PRU-14 kepada 41 peratus pada PRK semalam.

“Sudah tentu di sebalik kekecewaan kita tidak menang semalam, tetapi ini memberi galakan kepada kita untuk terus lawan dan mengambil iktibar daripada PRK ini bagi melihat bagaimana kita boleh perbaiki diri dan jentera kita pada masa depan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perpustakaan Digital, di Jalan Masjid Negeri, di sini hari ini.

Dalam PRK Cameron Highlands semalam, BN berjaya mengekalkan kerusi itu selepas Ramli memperoleh sebanyak 12,038 undi berbanding Manogran (8,800) manakala dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing 314 dan 276 undi. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kejayaan-umno-pas-tarik-sokongan-mca-mic-di-luar-jangkaan-guan-eng-1.830282#ixzz5dmwgIaXq
© Utusan Melayu (M) Bhd

'Rakyat tak boleh hidup hanya dengan kata-kata manis'

Diterbitkan Hari ini 1:23 tengahari


PRK CAMERON | Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan pusat belum menunjukkan kepada rakyat negara ini mengapa mereka harus mengundi PH.

Dalam keadaan begitu, kata Nik Nazmi, PH harus menjadikan Buku Harapan sebagai panduan dan memerlukan naratif jelas untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka masih layak untuk berkhidmat sebagai kerajaan.

"PRK Cameron Highlands telah berakhir. Keputusannya bukanlah seperti apa yang diharapkan oleh PH dan penyokong kita.

"Bagaimanapun, ia adalah keputusan rakyat dan kita mesti menghormati pilihan mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama Nik Nazmi yang juga anggota parlimen Setiawangsa berkata PH dan penyokong gabungan itu tidak boleh tunduk kepada tekanan, sebaliknya mendapat kekuatan baru bagi menghadapi cabaran akan datang.

Katanya penggunaan retorik perkauman oleh pihak tertentu semasa kempen PRK berkenaan amat mendukacitakan.

"Pengundi Malaysia mesti bertanya pada diri sendiri: adakah negara atau mana-mana komuniti mendapat pembelaan sewajarnya dengan tindakan keji dan tidak bermoral sedemikian?" katanya.

Sambil meminta pihak berkuasa berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap retorik perkauman jika terbukti benar, beliau turut menegaskan PH perlu mejadi pihak yang utama perlu bertanggungjawab.

Katanya, kelemahan terbesar PH ialah tidak mampu mengungkapkan wawasan yang lebih baik untuk rakyat di Cameron Highlands dan seluruh negara.

"PH belum menunjukkan kepada rakyat Malaysia mengapa mereka harus mengundi kita untuk menikmati ekonomi yang lebih saksama dan inklusif.

"Kelompok B40 dan M40 di Malaysia tidak boleh hidup berdasarkan kata-kata manis semata-mata. Mereka memerlukan manfaat yang boleh diukur," katanya.

Ujar beliau, meskipun PH tidak boleh melaksanakan sepenuhnya dasar dalam manifesto, mesej yang harus dipaparkan ialah tumpuan kerajaan diberi kepada rakyat secara keseluruhan, bukan terhadap kelompok kecil.

Katanya PH akan gagal jika tidak dapat bercakap sebagai satu suara.

"Kita perlu mula menunjukkan prestasi kepada rakyat, terutamanya dari segi ekonomi," katanya.

'Kerjasama BN dengan PAS akan lebih kukuh'

Diterbitkan Hari ini 11:43 tengahari


Selepas kekalahan di PRK Cameron Highlands, Pakatan Harapan (PH) dijangka berdepan cabaran sama di PRK DUN Semenyih yang bakal diadakan 2 Mac ini.

Ini kerana beberapa tokoh Umno dan PAS sudah membayangkan kerjasama antara mereka dengan PAS akan lebih kukuh selepas kejayaan di PRK Cameron Highlands.

Antaranya bekas perdana menteri Najib Razak dalam satu hantaran Facebook hari ini.

"Saya menghargai sokongan (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin dan ahli PAS yang membantu kemenangan rakyat di Cameron Highlands.

"Saya yakin kerjasama kami akan bertambah erat, semua ini demi masa depan Malaysia," katanya yang berkempen secara agresif dalam PRK Cameron Highlands.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi mengumumkan calon BN Ramli Mohd Nor menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran dengan majoriti 3,238 undi, jauh lebih tinggi berbanding PRU lalu iaitu 597 undi.

BN juga menang di semua 12 pusat daerah mengundi.

Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan berkata antara faktor kemenangan itu adalah kerjasama dengan PAS. Penganalisis juga berkata undi BN dan PAS tidak lagi pecah seperti PRU lalu.
Noraini Ahmad

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad berkata keputusan semalam membuktikan pembangkang kini semakin kukuh.

"Tahniah buat semua teman yang berhempas pulas berkempen... Kepada rakan-rakan PAS, jazakallahu khairan kathiran di atas kerjasama dan keyakinan yang diberikan.

"Ayuh kita jadikan kemenangan penting ini sebagai permulaan yang baik kepada kemenangan seterusnya di PRK Semenyih," katanya lagi.

PRK Semenyih akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu.

Pada PRU lalu, Allahyarham mendapat 23,428 undi untuk menewaskan calon BN Johan Abdul Aziz (14,464), calon PAS Mad Shahmidur Mat Kosim (6,966) dan calon PSM S Arutchelvan (1,293).

Ini bermakna gabungan undi BN dan PAS dalam PRU itu ialah 21,430 - tidak jauh berbeza dengan undi PH.

Pada sidang media 22 Januari lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata parti itu akan membuka bilik gerakannya dan menggerakkan kerjasama dengan Umno dalam PRK DUN itu, berdasarkan arahan pusat.

Suntikan semangat untuk BN dan PAS, pengajaran buat PH

Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 9:26 pagi


ULASAN | Keputusan PRK Cameron Highlands semalam menunjukkan satu perkara dengan jelas - walaupun kerajaan pusat sudah bertukar tangan, para pengundi masih selesa bersama BN.

Seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya semalam, calon BN menang dengan 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan daripada DAP M Manogaran yang meraih 8.800 undi. Dua calon Bebas Salehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 dan 276 undi.

Ini merupakan PRK pertama yang tidak menyebelahi PH selepas Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Bukan itu saja, BN berjaya meningkatkan majoriti daripada 597 undi pada PRU ke-14 kepada 3,238 undi.

Gabungan itu juga menang di semua 12 pusat daerah mengundi.

PH berjaya meningkatkan undinya di kalangan Orang Asli tetapi ia ternyata tidak memadai.

Keputusan itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan strategi kempen PH - antaranya adalah kesesuaian M Manogaran sebagai calon dan bagaimana gabungan itu menangani isu berkaitan Melayu.

Manogaran boleh dikatakan bertuah kerana tetap diberi peluang bertanding walau sudah dua kali tewas di kawasan parlimen itu.
Manogaran selepas keputusan diketahui
Bukan saja menteri-menteri berkempen untuknya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut ke Cameron Highlands sehari sebelum hari mengundi. Sesuatu yang tidak berlaku dalam PRK sebelum ini kecuali di Port Dickson.

Tetapi Manogaran dan jentera kempen PH di Cameron Highlands mensia-siakan kelebihan itu.

Dibandingkan dengan calon BN Ramli Mohd Nor, Manogaran tampak tidak memahami sentimen akar umbi.

Jurang beliau dengan penduduk di situ dilihat ketara melalui bahasa tubuhnya. Beliau kurang berbual dan beramah mesra ketika berkempen.

Manakala BN membuat percaturan tepat dengan mengorbankan MIC yang secara tradisi bertanding di kawasan itu dengan pertama kali meletakkan calon dari kalangan Orang Asli. Golongan itu membentuk hampir suku daripada jumlah pengundi di Cameron Highlands.

Bukan anggota mana-mana parti BN, Ramli tiada 'beban politik'. Sebagai bekas pegawai kanan PDRM, anak tempatan dari suku Semai itu boleh dikatakan dihormati penduduk.

Percaturan BN tepat

Satu lagi faktor yang membawa kepada kemenangan BN adalah isu yang dibawa kedua-dua gabungan kepada pengundi Melayu. Berbanding PH, isu yang disuarakan BN lebih disambut pengundi Melayu.

Ia sekali lagi menunjukkan keresahan orang Melayu pascaPRU ke-14 benar-benar wujud. Kerjasama antara PAS dengan BN - terutama Umno - menjadi medium utama keresahan itu disuarakan.

Dalam kempen, pembangkang bijak menyuntik isu dari perspektif kaum di kalangan pengundi Melayu di kubu kuat BN dan kubu PAS di Jelai, antaranya isu kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield.
Kehadiran di ceramah BN dan PAS di Jelai
PH sebenarnya mampu mengubah pandangan pengundi jika ia ditangani dengan berkesan.

Apa-apa pun, ia boleh dianggap sebagai amaran awal buat PH berkenaan perkara itu menjelang PRK DUN Semenyih nanti. Di sana, PH melalui Bersatu bakal berdepan kerjasama Umno dan PAS yang lebih erat.

Faktor Najib juga gagal ditangani dengan baik oleh pemimpin PH. Kedudukan bekas perdana menteri itu kini bukan lagi seperti sebelum PRU ke-14. Beliau bukan lagi mengemudi BN dan media sosial sedikit-sebanyak berjaya memulihkan imejnya.

Justeru tindakan menyerang Najib dan 1MDB yang dibuat segelintir pemimpin PH tidak memberi kesan yang sama lagi seperti dulu.

Antara Tanah Rata dan Jelai

Parlimen Cameron Highlands terdiri daripada dua DUN - Jelai dan Tanah Rata. Ramai yang tidak tahu bahawa jarak di antara dua DUN tersebut merupakan kira-kira 90 kilometer iaitu mengambil masa satu jam setengah perjalanan.

Keadaan Jelai panas terik, tidak sedingin Tanah Rata yang terkenal dengan ladang teh dan strawberinya.

Jelai - kawasan DUN Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail - pula dikenali dengan tembikai wangi dan ladang kelapa sawit yang dimiliki peneroka Felda.
Dalam PRK kali ini, pemimpin kanan PH kebanyakannya menumpukan perhatian di Jelai memandangkan ia merupakan kawasan majoriti Melayu dengan kira-kira 3,000 pengundi Felda.

Tetapi malangnya penduduk di sana belum dapat menerima Manogaran dengan terbuka. Janji PH untuk membangunkan Jelai yang agak ketinggalan tidak diendahkan.

Tanpa kemudahan asas dan lampu jalan raya di kawasan pedalaman, penduduk di situ nampaknya masih berpuas hati dengan BN yang sekian lama mentadbir negeri itu.

PRK kali ini pastinya menyuntik semangat yang sangat diperlukan oleh BN - dan juga PAS - sebagai pembangkang untuk beberapa tahun lagi.

Bagi PH pula, ia sebagai pengajaran tentang bagaimana menangani isu-isu Melayu dan beberapa kelemahan yang dikaitkan dengan pentadbirannya.

YASMIN RAMLAN ialah wartawan Malaysiakini.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

PAS: Allah beri petunjuk pada pengundi tolak PH

Diterbitkan 26 Jan 2019, 10:54 malam 


Presiden PAS Abdul Hadi Awang memanjatkan syukur kepada Allah kerana memberikan hidayah dan petunjuk kepada pengundi sehingga membawa kepada kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands .

“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Dalam hantaran yang sama juga, beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai satu perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Dalam PRK yang berlangsung hari ini, calon BN Ramli Mohd Nor menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan, manakala calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Selain itu, kata Hadi, kemenangan itu merupakan satu isyarat bahawa rakyat menolak PH dan budaya politik melampau yang dibawah oleh DAP.

Pandangan serupa turut dikongsi oleh Anggota Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali dalam hantaran Facebook berasingan, di mana beliau menyifatkan kekalahan DAP sebagai satu “amaran besar” kepada PH agar tidak mempermainkan Islam, Melayu serta keperluan hidup rakyat marhaen.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan tidak lupa memberi penghargaan kepada PAS atas kemenangan BN itu.

Katanya, gerak kerja dan kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan hasil yang amat baik sehingga BN dapat mempertahankan kerusi di Cameron Highlands itu.

Saturday, January 26, 2019

BN menang bawa isu perkauman - M Manogaran

MyMetro
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

Manogaran (tengah) ketika sidang media selepas tewas pada PRK Parlimen Cameron Highlands. Foto Abdullah Yusof

CALON Pakatan Harapan (PH) yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, mendakwa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman.

Manogaran berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pengundi kerana kegagalannya merampas kerusi berkenaan.

“BN main isu kaum, saya tak salahkan pengundi. Ini menjadikan kami lebih kuat kerana kami tidak memandang agama dan kaum,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pilihan Raya PH di Cameron Highlands, hari ini.

Menurutnya, meskipun kalah beliau akan tetap meneruskan khidmatnya di Cameron Highlands dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang kempen berlangsung.

Manogaran turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan DAP dan PH yang memberikan peluang kepadanya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan dan berharap mereka dapat membantu dalam membangunkan Cameron Highlands.

“Kita perlu terus membantu penduduk. Saya komited untuk membantu kerajaan membawa pembangunan di sini,” katanya.

Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 9:50 PM

Ramli catat sejarah Orang Asli pertama jadi ahli parlimen

 Diterbitkan Hari ini 7:06 malam


PRK CAMERON HIGHLANDS | Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Peratus keluar mengundi adalah 68.79 peratus, yang merupakan jumlah paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sementara bagi Manogaran, ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands. Ini merupakan kali pertama beliay bertanding sebagai calon parti pemerintah.

Ikuti liputan langsung Malaysiakini bagi keputusan PRK Cameron Highlands di laman khas ini.

Tak rasmi: BN menang di Cameron Highlands

 Diterbitkan Hari ini 7:06 malam


PRK CAMERON HIGHLANDS | Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

Setakat pukul 7.00 malam, Ramli sudah meraih 11,320 undi, iaitu lebih separuh daripada kira-kira 22,000 yang keluar mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran pula mendapat 6,942 undi.

[Berita lanjut menyusul]

Baju logo PH: Bersih gesa SPR lapor polis

Diterbitkan Hari ini 5:41 petang 


PRK CAMERON | Bersih mengkritik tindakan calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran memakai baju dengan logo gabungan itu di sebuah pusat mengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands hari ini.

Malah, badan itu turut mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap Manogaran.

Bersih berkata, walaupun Manogaran telah memohon maaf, namun sebagai seorang yang berpengalaman dalam pilihan raya dan seorang peguam, alasan diberikan beliau memakai baju itu dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak boleh diterima.

"Sebagai saksi mata pertama, kami meminta SPR membuat laporan polis kerana pelanggaran ini.

"Kami menyeru agar siasatan dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara," kata badan pemantau pilihan raya itu dalam satu kenyataan petang ini.

Bersih berkata, tindakan memakai logo parti dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi adalah merupakan kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 26 (1) (g) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Laporan: Guan Eng terkejut pengumuman Azmin

Diterbitkan Hari ini 2:51 tengahari


Menteri Kewangan Lim Guan Eng "terkejut" dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung penamatan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Lim dilapor media sebagai berkata bahawa beliau tidak menolak kemungkinan Mohamed Azmin "tidak dimaklumkan" tentang beberapa perkara tertentu yang diputuskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu sebelum ini.

“Itu saya pun terkejut melihat dia punya pengumuman (penamatan kontrak CCCC), tapi mungkin itu kedudukannya.

“Saya hanya mahu sebut mungkin beliau tidak dimaklumkan hasrat perdana menteri tapi walaubagaimanapun, saya akan bertindak atas arahan Tun (Mahathir),” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.

Lim bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Mohamed Azmin hadir ketika mesyuarat kabinet minggu lalu yang dilaporkan memutuskan pembatalan ECRL.

“Saya tidak mahu sebut macam itu lah, nanti akan dikeluarkan beberapa andaian yang tidak sihat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lim turut berkata pihaknya akan mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung perkara itu minggu depan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa melalui mesyuarat Kabinet yang diadakan Khamis lalu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak CCCC sebagai pemaju projek ECRL.

Jelas Mohamed Azmin, pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek tersebut yang hampir mencecah RM500 juta setahun.

Berbaju logo parti, Manogaran mohon maaf, akui 'tidak perasan'

Diterbitkan 10 minit yang lalu pada 26 January 2019
Calon PH M. Manogaran mengakui tidak perasan memakai baju berlogo parti tetapi tiada niat untuk mencabar akta SPR. 
Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LIPIS, 26 Jan Calon Pakatan Harapan daripada DAP, M. Manogaran memohon maaf kepada semua pihak berhubung pemakaian baju berlogo parti ketika masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut pagi tadi.

Manogaran, 61, mendakwa beliau tidak perasan memakai baju berlogo parti itu kerana telah menjadi kebiasaan memakai baju rasmi serta tiada niat untuk mencabar akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya minta maaf, ini bukan satu isu, kita patuhi undang-undang, saya minta maaf atas perkara yang tidak disengajakan itu.

“Saya memang tidak perasan, sebab dua minggu saya pakai macam itu. ia tidak ada maksud tertentu dan saya tidak bercakap dengan pengundi, jadi ia bukan isu,” katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke pusat pengundian di SK Betau petang ini.

Sebelum ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan telah menegur Manogaran dan berkata tindakan telah diambil terhadapnya dengan menyuruh beliau keluar dari kawasan mengundi.

Mengikut peraturan mana-mana individu tidak dibenarkan memakai logo parti dalam jarak 50 meter daripada pusat mengundi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai isu pemberian hamper kepada pengundi di suatu kawasan malam tadi yang telah tular di media sosial, Manogaran mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai isu terbabit dan akan menyiasat perkara itu.

“Saya berada di perkampungan Orang Asli malam tadi dan hanya diberitahu pagi ini. Saya perlu mengetahui perkara sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya.

 — Bernama

Warga emas maut ditetak penyamun

Diterbitkan Hari ini 12:43 tengahari


Seorang warga emas berusia 84 tahun ditemukan maut di rumahnya dipercayai akibat ditetak dalam satu kejadian pecah rumah di Kampung Chat Rimau di Tanah Merah, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Hamid Mat Salleh, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di pergelangan tangan kiri dan belakang kepala akibat ditetak dengan objek tajam.

"Mangsa tinggal di rumah tersebut seorang diri dan berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual barangan runcit dan tembakau.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami pendarahan yang banyak sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di Tanah Merah, hari ini.

Hasanuddin berkata siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai memecah masuk ke rumah mangsa berdasarkan penemuan kuku besi yang digunakan untuk memecahkan pintu rumah mangsa.

"Mungkin ada pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul mangsa dengan kuku besi itu.

"Kita tidak menemui senjata tajam yang lain dan kejadian itu dilaporkan oleh jiran mangsa," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis masih mengesan suspek dalam kejadian itu dan memohon kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu.

-- Bernama

LANGSUNG: Cuaca baik, 15 peratus mengundi sehingga 9 pagi

Diterbitkan Hari ini 8:53 pagi


PRK CAMERON | Hari pengundian untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands - yang dijangka menjadi pertandingan paling sengit sejak pilihan raya Teluk Intan pada 2014 - akhirnya tiba.

Pusat pengundian di seluruh kawasan itu akan dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup pada waktu yang berbeza sepanjang hari disebabkan oleh isu logistik, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Masa penutupan terakhir untuk pusat mengundi ialah pada jam 5.30 petang, selepas itu Malaysiakini akan menampilkan liputan langsung keputusannnya.

Ikuti Malaysiakini kerana kami akan membawa kepada anda secara langsung laporan hari pengundian.

15 peratus telah keluar mengundi

10.30 am: Tanah Rata - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun menganggarkan 15 peratus daripada 31,639 pengundi yang layak telah keluer mengundi sehingga 9 pagi.

Setakat ini, cuaca kelihatan baik dan dijangka kekal.

Antara pengundi ialah presiden MyPPP M Kayveas.
10am - Sebanyak 15 peratus daripada 31,639 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 9 pagi bagi PRK Cameron Highlands - Pengerusi SPR

Bendera DAP muncul di kubu kuat PAS
9.20 am - Kampung Sungai Keledek: Jentera PH mencabut dan membawa turun bendera DAP yang tergantung di sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Keledek.

Selain bendera DAP, mereka juga mendapati bsnting yang menampilkan gambar calon PH M Manogaran dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sedangkan gambar yang sepatutnya merupakan Manogaran bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut jentera PH itu bendera dan bunting tersebut, pihak PH tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan ia dipercayai diletakkan pada lewat malam semalam.

Penyokong dari Barisan Nasional dilihat bersorak ketika jentera PH mencabut bendera dan bunting DAP itu.

Sungai Keledek adalah kubu kuat PAS. Parti itu memenangi 60 peratus di daerah pengundian ini semasa pilihan raya umum ke-14.

MP bantah 'pondok panas'

9.15am: Pos Mensun - Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membantah sebuah pondok panas berhampiran pusat pngundian.
Selepas mengadu kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis, orang yang menjaga pondok itu beredar jauh dari situ.

"Mereka memberi tekanan kepada pengundi .. Ini akan menjadi pilihan raya yang sengit. Setiap undi penting," kata Santiago kepada Malaysiakini.

Pondok panas menjadi tempat tidak rasmi untuk pengundi menyemak sama ada mereka berada di pusat pengundian yang betul.
Bagaimanapun, pondok itu biasanya menjadi tempat kempen pada saat-saat akhir.

Setakat 9 pagi, kira-kira 20 peratus daripada 557 pengundi di Daerah Menswear telah hadir di pusat pengundian.

9.00am Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada kira-kira pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai hari ini.
Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tiba pukul 8.40 pagi, mengundi bersama isterinya Datin Seri Burhah Mohammed di saluran satu.

'Proses pengundian lebih cepat daripada PRU14'

8.55am: Tanah Rata - Rash Pal Kaur (gambar), guru berusia 55 tahun yang telah mengundi enam kali di Cameron Highlands, berkata dia hanya menunggu 20 minit di SMK Sultan Ahmad Shah untuk mengundi.
"Ia (prosesnya) sangat lancar. Lebih cepat daripada semasa pilihan raya umum ke-14.

"Saya tidak perlu menunggu lama. Dalam masa 20 minit, telah selesai, "katanya kepada pemberita di pusat pengundian.

8.00am: Bertam Valley - Calon bebas Wong Seng Yee tiba di pusat pengundian SJK (C) Bertam Valley, di mana beliau akan mengundi.
Wong berkata beliau akan mengelak daripada berjabat tangan dengan pengundi dan pemberita untuk mengelak dilihat sebagai berkempen pada hari mengundi.

Kira-kira 50 orang sedang mengundi untuk menghantar undi mereka di stesen mengundi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-